Monday, March 4, 2013
TIADA PILIHAN :LANCAR SERANGAN BALAS
Kerajaan Perlu Ambil Tindakan Keras Terhadap Kumpulan Penceroboh - Tun Mahathir
BAGAN SERAI: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat sudah tiba masanya kerajaan mengambil tindakan keras terhadap pihak penceroboh selepas insiden pertumpahan darah di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.
Beliau berkata walaupun kerajaan berhati-hati dalam menangani isu itu pada peringkat awal dan berharap ia dapat diselesaikan tanpa pertumpahan darah, malangnya ia tidak dihargai oleh mereka sehingga sanggup membunuh anggota pasukan keselamatan negara.
"Sekarang ini saya fikir tidak ada jalan lain melainkan kerajaan melancarkan serangan balas supaya dapat dihapuskan sama sekali pasukan Sulu ini walaupun dengan (tindakan) ini ramai mereka terbunuh, tapi ini tidak dapat dielakkan kerana mereka yang menyerang Sabah, bukan kita yang menyerang mereka," katanya kepada pemberita selepas memberi ucapan pada Himpunan Rakyat Perak anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di sini, Ahad.
Katanya tindakan keras yang diambil mungkin akan menyebabkan ramai daripada penceroboh itu mati serta anggota keselamatan negara akan menjadi mangsa.
Pada pendapatnya, insiden yang berlaku itu tidak akan tamat begitu sahaja kerana pihak penceroboh boleh melakukan serangan-serangan hendap pada masa depan.
Kerajaan diharap mengadakan persediaan awal menghadapi serangan berturut-turut pada masa akan datang, terutama keperluan terhadap pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk mengawal dan menyekat bot-bot yang datang dari kepulauan Tawi-Tawi yang mungkin membawa pasukan penceroboh atau menyeludup senjata, katanya.
"Perkara ini tidak boleh dipandang ringan walaupun pada mulanya kita ingat percubaan mereka itu untuk menawan Sabah sebagai percubaan yang sia-sia tetapi kita tahu mereka akan menjadi gerila dan akan melancarkan serangan pada masa depan," katanya.
Mengenai ada pihak yang mempertikai tindakan kerajaan yang memberi kuasa kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk bertindak terlebih dahulu berbanding pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berhubung pencerobohan tersebut, Dr Mahathir berkata negara mempunyai dua bahagian keselamatan.
"Kita bahagi keselamatan kepada dua bahagian iaitu yang datang dari luar yang biasanya tindakan diambil oleh tentera manakala yang berada di dalam negara adalah tanggungjawab polis. Pada mulanya kita tidak anggap pencerobohan itu sebagai serangan luar kerana mereka ini berada dalam wilayah kita," katanya.
Bagaimanapun, apabila pencerobohan dan serangan kini jelas datang dari luar maka difahamkan pihak tentera diarahkan untuk memgambil bahagian dalam tanggungjawab itu, katanya.
Mengenai dakwaan sesetengah pihak bahawa kerajaan dilihat 'berlembut' dengan pihak penceroboh terbabit, beliau berkata sememangnya kerajaan tidak mahu mengambil tindakan sehingga membunuh kerana mereka juga mempunyai keluarga dan rakan sebagai warganegara di Sabah.
"Sebab itu kita berhati-hati bertindak begitu pada awalnya, lagipun mereka ini orang Islam, kita orang Islam, kita tidak mahu tergesa-gesa, tetapi mereka tunjukkan niat jahat dengan menembak dua anggota polis kita. Sekarang ini peristiwa ini tidak boleh dianggap boleh diselesaikan dengan rundingan," katanya.
Mengenai laporan media asing bahawa kedatangan penceroboh terbabit ke Lahad Datu adalah atas "jemputan" seorang ahli politik pembangkang, Dr Mahathir berkata ahli politik itu menjanjikan banyak perkara bagi Sabah termasuk memberikan kuasa autonomi jika pembangkang menang pilihan raya. -BERNAMA
SERANGGG...!!!
Gempur: Jangan bagi can. Hapuskan terus penceroboh negara. Sumber berita menyebut, pasukan polis menyisir di tepi pantai di Semporna untuk memburu lelaki bersenjata yang melarikan diri berikutan serangan hendap tiga hari lalu yang menyaksikan enam anggota polis dan enam lelaki bersenjata ditembak mati.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib pada Isnin berkata, pasukan Jabatan Siasatan Jenayah juga menentukan jenis senjata yang digunakan oleh lelaki bersenjata di Kg Simunul.
Beliau berkata, polis menganggarkan tidak lebih daripada 10 lelaki bersenjata terlibat dalam kejadian yang dikaitkan dengan pencerobohan oleh kumpulan bersenjata Sulu di Kampung Tanduo dekat sini.
Hamzah berkata, jenazah anggota polis dihantar pulang untuk dikebumikan di kampung halaman masing-masing di Sabah dan Semenanjung selepas bedah siasat pada Isnin.
Beliau berkata, polis Malaysia bekerjasama dengan angkatan tentera bagi berhadapan dengan kumpulan bersenjata Sulu yang melakukan pencerobohan di Kampung Tanduo.
“Kami memanfaatkan aspek teknikal tentera tetapi operasi masih di bawah polis,” katanya.
Hamza berkata, polis juga cuba untuk mengesahkan laporan mengenai 10 penceroboh, di mana tiga daripadanya dikatakan bersenjata dan memakai pakaian seragam ‘camaflouge’ dikesan di dua kampung di daerah Kunak.
Beliau berkata, penduduk dari kedua-dua kampung dibenarkan pulang ke rumah.
Mereka dipindahkan berikutan laporan yang mengesan berlakunya pencerobohan pada lewat Sabtu.
Bagaimana Penceroboh Masuk Ke Sabah?
Inilah persoalan yg sering dimainkan pihak2 tertentu untuk menampakkan kononnya kelemahan Pihak Berkuasa negara. Sebenarnya perairan negara di Sabah, adalah jauh berbeza dengan perairan negara di Semenanjung Malaysia. Gugusan pulau2 yg beratus2 bauh yg berdekatan antara satu sama lain termasuk pulau2 yg termasuk dalam kawasan Filipina serta pantai yg luas, begitu mudah menyumbang kepada permasalahan ini.
Anda salah, kalau anda fikir 180 anggota penceroboh dari Filipina tersebut masuk merentas lautan dari Mindanao ke Sabah sekaligus? Bodoh lah mereka jika berfikir begitu kerana ia akan mudah dikesan oleh pihak pengawal perairan negara.
Untuk pengetahuan semua, setiap hari ada banyak bot2 kecil yg berulang alik dari pulau di selatan Filipina ke Sabah sama ada untuk berniaga ataupun diatas urusan harian. Dengan keadaan pantai yg luas, tak mustahil akan ada bot kecil yg bolos dari pemeriksaan pegawal perairan negara.
Kumpulan2 kecil penceroboh tersebut masuk ke Sabah dan berkumpul dalam skala besar di Lahad Datu bagi menuntut Sabah dari kerajaan Malaysia menggunakan senjata sebagai ancaman. Tiada siapa yg tahu sudah berapa lama perancangan yg dilakukan oleh mereka sehinggalah ketibaan 32 orang berpakaian celoreng di kawasan tersebut.
Ada maklumat mengatakan, sebilangan anggota kumpulan penceroboh tersebut sudah berada di Lahad Datu hampir 4 bulan dari tempoh berlakunya pertumpahan darah. Ini menunjukkan bahawa perancangan mengangkat senjata oleh kumpulan ini sudah diatur sejak awal lagi.
Setelah musuh dikenalpasti, pihak yg dipertanggung jawabkan untuk menjaga keselamatan negara mula mengambil tindakan mengepung dan menangani sebarang tindakan musuh. Ia dilakukan dengan berhati2 agar konflik diantara Malaysia dan Filipina tidak tercetus.
Didalam rutin mengawal keselamatan dalam negara sendiri pun adakalanya menyaksikan anggota keselamatan kita cedera atau terkorban, apatah lagi ketika menentang kumpulan militan bersenjata lengkap dari luar.
KAMI IRINGI PERJUANGANMU DENGAN DOA
YA ALLAH , KU BERDOA DI SEPERTIGA MALAM....,YA ALLAH KU BERMUNAJAT MEMOHON RAHMAT MU...., YA ALLAH KU BERSUJUD MENYEMBAHMU, MEMOHON KEAMPUNANMU...,
Ya Allah lindungilah agama dan negaraku dari segala malapetaka. Lindungilah rakyat dari bahaya dan bencana. Lindungi lah kami dari dendam api permusuhan. Lindungilah kami dari fitnah dan dusta.
Ya Allah berikanlah kami kejayaan dan ketenangan. Kau peliharalah pemimpin pemimpin yang jujur, adil dan beriman. Jangan kau berikan pemimpin yang jahil,jahat dan tidak bertanggungjawab menjaga negara kami. Peliharalah pemimpin yang jujur memimpin kami ke arah kejayaan negara kami....Tunjukkan jalan yang benar pada yang tersesat supaya mereka tahu jalan yang betul.
amin ya Rabbala'lamin.
Ya Allah lindungilah agama dan negaraku dari segala malapetaka. Lindungilah rakyat dari bahaya dan bencana. Lindungi lah kami dari dendam api permusuhan. Lindungilah kami dari fitnah dan dusta.
Ya Allah berikanlah kami kejayaan dan ketenangan. Kau peliharalah pemimpin pemimpin yang jujur, adil dan beriman. Jangan kau berikan pemimpin yang jahil,jahat dan tidak bertanggungjawab menjaga negara kami. Peliharalah pemimpin yang jujur memimpin kami ke arah kejayaan negara kami....Tunjukkan jalan yang benar pada yang tersesat supaya mereka tahu jalan yang betul.
amin ya Rabbala'lamin.
3 SERANGKAI PENYANGAK...!!!
Anwar Ibrahim, Nur Misuari, Jamalul Kiram III dan serangan ke atas Malaysia...mereka adalah wakil TIGA KUMPULAN yang dilaporkan media Filipina terlibat dalam isu Sabah sekarang.
Anwar Ibrahim ada musuh kerajaan Malaysia dan ketua pembangkang yang akan lakukan apa saja dengan bantuan siapa saja asalkan dapat tumbang kerajaan BN dan menjadi PM Malaysis ke 7.
Nur Misuari adalah ketua MNLF (Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro). MNLF pernah berperang dengan kerajaan Filipina bertahun2 untuk bebaskan Mindanao dan Sulu tapi gagal. MNLF kini sudah hilang pengaruh dan kekuatan, semuanya kini diambil alih MILF (Barisan Pembebasan islam Moro).
Jamalul Kiram III adalah salah seorang dari berdozen orang yang mengaku sebagai Sultan Sulu.Dia dah 74 tahun, dah tak sanggup tunggu lama lagi untuk memiliki dan meratah Sabah..
MNLF (dan Misuari) dan Jamalul Kiram III tak terlibat langsung dalam rundingan damai kerajaan Filipina-Bangsamoro yang diorang-tengahkan oleh Malaysia.
Merek diketepikan. Yang terlibat adalah MILF (Barisan Pembebasan Islam Moro) dan kerajaan Filipina.
Apa hubungan antara ketiga orang ini? Mereka bertiga tak happy dengan kerajaan negara masing2 dan tak happy dengan kejayaan Filipina-Bangsamoro berdamai dengan perantaraan Malaysia.
Beberapa waktu lepas Anwar Ibrahim bertemu Nur Misuari di Filipina..
Tiba2 dan tutp tup selepas itu pengganas Sultan Sulu menceroboh masuk Malaysia dan berkampung di Kg Tanduo,lengkap dengan senjata, menuntut Malaysia segera menyerahkan Sabah pada Jamalul Kiram III.
Nur Misuari pula tup tup dan tiba2 berlagak samseng terhadap Malaysia, mengancam akan perang dengan Malaysia jika Malaysia usir pengganas2 Sulu tajaan Jamalul Kiram III. Dia juga desak OIC, Brunei dan Indonesia campurtangan. Dia juga membayangkan akan juga tuntut Sarawak.
Dan tup tup dan tiba2 pembangkang Malaysia menuduh isu Sabah bikinan UMNO atau kerajaan UMNO walhal media Filipina melaporkan ada tiga kumpulan terlibat, termasuk PEMBANGKANG MALAYSIA. Dua kumpulan lagi dari Filipina, menurut media Filipina yang mengutip maklumat dari perisikan Filipina.
Inilah 3 kumpulan yang dimaksudkan media Filipina: kumpulan pembangkang Malaysia, kumpulan Nur Misuari dan kumpulan Jamalul Kiram III.
Serangan ke atas Malaysia dilakukan serentak oleh dua kumpulan Filipina (kumpulan2 Nur Misuari dan Jamalul Kiram) dan satu kumpulan Malaysia (pembangkang Malaysia pimpinan Anwar Ibrahim).
Serangan dilakukan secara politik (melalui kumpulan Malaysia) dan ketenteraan (melalui kumpulan Filipina).
Sunday, March 3, 2013
ANWAR BUKAN DALANG SEBENAR ...???
Pertempuran Di Lahad Datu: Anwar Ibrahim Tidak Patut Dibenarkan Terbabit Politik Lagi

1 March 2013 ISU HANGAT, NASIONAL
Semakin nyata akan bahaya yang ditimbulkan oleh Anwar IBrahim dalam pemburuannya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Kalau pada tahun 1996 dahulu, dia telah menjemput penyangak-penyangak matawang untuk menyerang sistem perbankan dan kewangan Malaysia bagi memudahkan dia menjadi Perdana Menteri Malaysia menggantikan Dr. Mahathir, selepas 2005, perangai kebinatangannya semakin menjadi-jadi.
Insiden terbaru, tidak lagi dapat dinafikan oleh Anwar Ibrahim apabila pihak perisikan Manila sendiri telah mengesahkan bahawa daripada tiga pihak yang mendalangi pencerobohan lanun-lanun Sulu itu, Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat memang terlibat secara langsung. Anwar Ibrahim sendiri telah menunjukkan gelagat biasanya apabila dia bersalah dan tidak dapat mengelak iaitu MEMBUAT PENAFIAN AWAL.
Semuanya berlaku tidak lama selepas Anwar Ibrahim bertemu dengan Nur Misuari, pemimpin Mindanao yang telah terpinggir kerana sikapnya dan modus operandinya yang lebih menyerupai lanun apabila mencari sumber kewangan dengan cara menculik, melanun dan menjarah. Perjanjian damai antara Mindanao dengan Manila telah mengenepikan Nur Misuari sebaliknya menaikkan Haji Murat, menyebabkan Nur Misuari terdesak untuk kembali menjadi Gabenor Mindanao.
Dek kerana itu, dia cuba mendapatkan sokongan daripada Anwar Ibrahim yang diketahui mempunyai hubungan dengan Zionis dan Amerika Syarikat. Ketua lanun Sulu yang menamakan dirinya sebagai Sultan Kiram turut meminta bantuan daripada Amerika Syarikat agar campurtangan dan memberikan akses kepada mereka menakluki Sabah dan merampas negeri itu daripada Malaysia.
Kesultanan Sulu pupus pada tahun 1946. Pada tahun 1878, Sultan Sulu telah menjual Sabah yang pada ketika itu dinamakan sebagai North Borneo kepada Kompeni Hindia Timur milik British. Pada tahun 1963, Britain melepaskan Sabah kepada Malaysia apabila rakyat Sabah membuat referendum untuk menyertai Malaysia bersama-sama Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu.
Secara tidak langsung, dengan referendum yang telah dibuat oleh rakyat Sabah pada tahun 1962, tiada mana-mana pihak lagi yang berhak ke atas Sabah melainkan Malaysia!
Faktor dan fakta tersebut cuba dihilangkan oleh Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.
Apa lagi yang boleh diselewengkan atau diputarbelitkan oleh Anwar Ibrahim apabila perisikan dan media Filipina sendiri yang mengesahkan tentang pendalangan Anwar Ibrahim dalam pencerobohan lanun-lanun Sulu ke atas bumi Sabah? Bahkan Presiden Filipina sendiri sudah mengesahkan bahawa pihaknya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Malaysia untuk menyiasat serta menghukum pendalang-pendalang tersebut.
Kematian tiga orang anggota keselamatan kerana serangan lanun di Lahad Datu, sememangnya mendukacitakan rakyat Malaysia. Bagaimanapun, nampaknya tragedi tersebut telah dipolitikkan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya Lim Kit Siang dan Tian Chua dengan cara yang paling biadap apabila mereka disifatkan sebagai PELAKON-PELAKON UNTUK UMNO dan BARISAN NASIONAL.
Hanya selepas Tian Chua mengeluarkan kenyataan dan disiarkan pula oleh media rasmi PKR, barulah para pecacai Pakatan Rakyat mulai menulis dan mengulas tentang tragedi berdarah di Lahad Datu itu. Mereka menggunakan hujah-hujah Tian Chua bahawa tragedi tersebut adalah sandiwara UMNO dan Barisan Nasional.
Malahan lebih menarik lagi ialah apabila mereka cuba mengenepikan Anwar Ibrahim yang didedahkan oleh Perisikan Manila dan media Filipina sebagai dalangnya dengan menuduh orang dalam UMNO yang menjemput lanun-lanun Sulu tersebut ke Sabah. Walaupun mereka kelihatan sangat berhati-hati agar nama Anwar Ibrahim tidak disentuh dan disebut, secara jelas mereka terpaksa menunggu sehingga ke tengah malam untuk memberikan jawapan atau lebih tepat lagi, memutarbelitkan situasi sebenar dengan berpandukan kepada hujah Tian Chua.
Secara nyata dan jujur, keselamatan di Malaysia tidak akan terjamin selagi orang bernama Anwar Ibrahim masih dibenarkan wujud di negara ini. Seharusnya dia diseret segera ke muka pengadilan dan dijatuhi hukuman seberat-beratnya atau paling tidak pun, disimpan terus di dalam penjara sehingga dia meninggal dunia.
Anwar pernah cuba melakukannya pada penghujung tahun 1990-an, tetapi dia tidak berjaya. Sekarang, dia melakukannya lagi demi mendapatkan Sabah dalam usahanya memburu kuasa. Biarpun para pecacainya cuba menolak fakta tersebut dengan menyatakan bahawa Anwar berad adi dalam penjara dan tidak boleh berbuat apa-ap kerana dia tidak mempunyai sebarang kuasa, tetapi hakikatnya segala keburukan, kerosakan, kekacauan dan ketidakstabilan di negara ini, telah dicetuskan oleh Anwar Ibrahim.
Dia gagal dalam usaha mewujudkan gelombang kebangkitan rakyat secara besar-besaran dengan merusuh di jalan raya menerusi demonstrasi BERSIH 2.0, BERSIH 3.0, HKR dan sebagainya, tetapi akal jahatnya tidak pernah sunyi daripada mencari-cari jalan mewujudkan suasana tidak tenteram yang membolehkan kedatangan Amerika Syarikat dan Zionis sepertimana yang berlaku di negara-negara lain di seluruh dunia.
ANWAR BILA NAK KE LAHAD DATU....???
Rakyat Sabah di KL puji keberanian penduduk kampung
KUALA LUMPUR 3 Mac - Rakyat Sabah yang kini menetap di ibu negara mengikuti dengan penuh debaran setiap perkembangan terbaru berhubung kekejaman penceroboh Sulu di wilayah Lahad Datu dan Semporna ketika ini.
Mereka turut memuji keberanian penduduk sebuah kampung Semporna kerana berjaya menumbangkan seorang penceroboh yang sebelum itu mengancam nyawa penduduk dengan senjata M-16 dan pelancar roket.
Dalam insiden pukul 7 pagi, lelaki berpakaian hitam dalam lingkungan 60 tahun melepaskan beberapa das tembakan sebelum mengarahkan penduduk berkumpul di kawasan lapang. Ketika lelaki itu alpa, beberapa penduduk menerkam dan membelasahnya hingga mati.
Ainol Marantin, 28, pekerja swasta yang menetap di Kepong berkata kejadian di Semporna itu bersifat mempertahankan tanah air daripada penceroboh.
"Sekiranya saya di sana pun saya akan melakukan perkara sama kerana kita berhak mempertahankan kampung kita dari diceroboh. Itu adalah kesatuan hati penduduk kampung kerana ia mungkin terkesan daripada isu yang berlaku di Lahad Datu," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Ainol yang berasal dari Tamparuli, Sabah berkata kawalan keselamatan di setiap sempadan negara perlu dipertingkatkan selepas berlakunya insiden yang menggugat kedaulatan negara di Lahad Datu dan Semporna.
"Setiap sempadan perlu diletakkan sekurang-kurangnya dua pos kawalan pasukan keselamatan supaya isu pencerobohan bersenjata tidak berulang lagi yang dilihat boleh meragut nyawa penduduk di Sabah," katanya.
Reaksi sama turut diberikan seorang lagi anak jati Sabah yang kini menetap di Jalan Kuchai Lama, Morin Wong Shiann Yi, 30, yang menyifatkan tindakan penduduk kampung itu sebagai satu tindakan bijak dan berani.
Beliau yang berasal dari daerah Penampang itu berkata ketika ini rakyat Sabah seharusnya bersatu hati dalam menentang penceroboh keamanan dan keselamatan negara dan tidak hanya mengharapkan pasukan keselamtan seperti polis sahaja.
"Go Sabahan go! Bersatu kita teguh bercerai kita roboh dan hanya rakyat tempatan sahaja yang betul-betul mengenali siapa sebenarnya rakyat Sabah dan siapa yang bukan (penceroboh)," katanya.
Ijang, 30, berasal dari Putatan pula berkata keberanian penduduk kampung itu tidak boleh dipertikaikan tetapi soal undang-undang masih tidak boleh dipandang ringan.
"Walhal keberanian mereka (penduduk kampung) itu mungkin kerana mereka sayangkan akan daerah dan negeri mereka. Tapi undang-undang tetap undang-undang.
Silap langkah teruk jadinya sebab tidak mustahil negara luar tengah menunggu "peluang"," katanya yang kini menetap di Sungai Buloh.
Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut memuji keberanian penduduk kampung tersebut yang disifatkannya sebagai melepaskan kemarahan penduduk kampung terhadap kumpulan penceroboh.
"Mereka bertindak sendiri untuk menyelamatkan orang kampung yang dijadikan tebusan. Mereka tunjukkan keberanian luar biasa. Orang kampung tak setuju dan bertindak tanpa takut akan nyawa mereka sendiri," katanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)









