Showing posts with label Bombardier INNOVIA Metro 300. Show all posts
Showing posts with label Bombardier INNOVIA Metro 300. Show all posts

Thursday, July 21, 2016

WAJIB PASANG ALAT KAWALAN HAD LAJU



Kebiasaan kemalangan yang berlaku di Malaysia berpunca daripada memandu melebihi hak laju yang dibenarkan. Pelbagai kempen kerajaan laksanakan bagi mengingatkan pemandu agar memandu dengan berhati-hati dan mematuhi had kelajuan yang dibenarkan namun angka kematian yang berpunca dari kelalaian pemandu tidak cukup memuaskan. 

Begitu juga dengan kenderaan pengangkutan awam dan kenderaan berat. Kerajaan menyediakan satu mekanisme bagi mengawal kenderaan tersebut dari dipandu laju melebihi had kawalan. 

Justeru itu kerajaan mewajibkan semua kenderaan berat yang diguna untuk membawa muatan barangan dan juga pengangkutan awam memasang alat khas kawalan had laju. 

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberi tempoh masa selama dua tahun bagi setiap kenderaan yang tersebut mematuhi undang-undang tersebut. Kenderaan awam termasuk bas express perlu memasang alat kawalan had laju tersebut. 

Ini ditegaskan oleh Ketua Pengarah JPJ Datuk Nadzri Siron berkata pihaknya memberi tempoh dua tahun bagi kenderaan awam dan berat  memasang alat tersebut. 

Berikutan kekerapan kemalangan yang mebabitkan bas express ini makin menjadi-jadi, JPJ akan mengambil langkah awal dengan memberi amaran segera kepada kenderaan lama ang tidak memasang alat kawalan had laju. 

Kenderaan ini akan diingatkan oleh Puspakom apabila kenderaan tersebut membuat pemeriksaan pertama setiap enam bulan sekali. 

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai juga telah memberi arahan kepada JPJ dan Puspakom agar semua bas express baharu segera dipasang dengan alat penetapan had laju. Arahan ini perlu dilaksanakan serta merta dan tiada pengecualian. 

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif Sani Express Sdn. Bhd. Abu Bakar Mohammad, alat kawalan had laju kenderaan tersebut  telah berjaya mengurangkan kadar kemalangan bas di  syarikatnya. Lebih 90 peratus perkhidmatan bas syarikat tersebut bebas kemalangan.  Jika ada yang memandu melebihi 90km/j, kami akan menerima khidmat pesanan ringkas.

Menurutnya lagi dengan arahan tegas daripada kerajaan berkenaan pemasangan kawalan had kelajuan dia kini boleh tidur dengan lena kerana tidak perlu memikirkan lagi  kerana keselamatan.




Tuesday, January 26, 2016

TREN LRT GENERASI BARU BAKAL BEROPERASI DI KELANA JAYA



Selesa, selamat, murah dan menjimatkan masa adalah antara faktor rakyat memilih pengangkutan awam sebagai pilihan mereka untuk ke tempat kerja sehari-hari.  Selain itu pengangkutan awam juga dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas dan juga kemalangan jalan raya.

Memahami keadaan itu, Prasarana Malaysia Berhad bakal memperkenalkan tren generasi baru Bombardier INNOVIA Metro 300. Tren generasi baru ini bakal menjalankan tugas pertamanya pada awal bulan Mac tahun ini. 

Tren generasi baru ini akan menyambung perjalanan dari Kelana Jaya ke Putra Height bakal memberi satu dimensi baru kepada penumpang. Tren ini bukan sahaja lebih luas tetapi dilengkapi juga dengan  aspek keselamatan dan sistem maklumat  elektronik atau Pesenger Information System (PIS)  iaitu kemudahan infotainment,  informasi dan hiburan untuk maklumat kepada penumpang.

Dengan pertambahan tren ini juga diharap masa menunggu makin singkat disamping dapat menambah jumlah penumpang. Prasarana menjangkakan jumlah penumpang dapat ditingkatkan dari 200 orang satu gerabak kepada 240 orang. Selain besar dan selesa tren generasi baru ini juga dilengkapi  empat kamera litar tertutup setiap gerabak. 

Bagi memudahkan penumpang mengetahui lokasi mereka, tren ini menyediakan kemudahan Peta Laluan Dinamik atau Dynamic Route Map yang akan memberi maklumat tetang lokasi terkini penumpang, arah laluan seterusnya, stesen-stesen sebelum dan selepas dan stesen seterusnya.

Antara lain ciri-ciri lain  yang menarik tentang tren generasi baru ini adalah  dikatakan bahagian hujungnya "end cab" mempunyai bentuk yang lebih aerodiamik dan bahagian cermin depan dan belakang yang lebih luas. Ini memberi ruang yang luas untuk penumpang menikmati pemandangan diluar sepanjang perjalanan. 

Tren generasi baru Bombardier INNOVIA Metro 300 ini direka, dibangun dan diuji di Bombardier's Centre of Competence for Mass Transit System di Kingston. Tren ini dihantar berperingkat-peringkat. tren kedua dijangka sampai pertengahan bulan depan dan selebihnya akan dihantar secara berperingkat sehingga awal tahun hadapan. 

Tren generasi baru ini dgunakan untuk penyambungan jajaran LRT (LRT Line Extension Project) bagi laluan Kelana Jaya seterusnya melibatkan penyambungan jajaran LRT dari stesen Kelana Jaya ke Putra Height. Oleh itu kawasan Lembah Subang, Ara Damansara, Glemarie Shah Alam, USJ dan Subang Jaya akan menikmati laluan baru LRT ini.