Monday, January 21, 2019

SYAITAN MENGAKU MERASUK CHEF WAN

SIRI BERCAKAP DENGAN JIN - CHEF WAN DIRASUK SETAN

Bukan Chef Wan sahaja yang pernah dirasuk syaitan, bahkan seorang syaitan manusia pernah mendedahkan bahawa tugas hakiki mereka adalah menghasut aka merasuk manusia.

Hal ini pernah terjadi ketika perhimpunan BERSIH 1,2 dan 3. Ramai manusia ketika itu dirasuk syaitan sehingga mencaci, mencela dan memijak gambar Perdana Menteri ketika itu, iaitu Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan isteri Datin Sri Rosmah Mansor.

Jadi bukan sesuatu yang aneh jika Chef Wan mendedahkan kepada wartawan dirinya dirasuk syaitan sehingga  sanggup untuk menampar DS Najib.

Penulis juga mengkhuatiri bahawa Menteri Wilayah, si  Khalid Samad dan Dato Mahfuz Omar adalah punca kepada Chef Wan dirasuk syaitan.

Justeru itu para ustaz dan agamawan menasihati rakyat Malaysia khususnya umat Islam agar selalu beristigfar dan banyakkan berzikir bagi memperkuatkan pertahanan diri dari dirasuk dan dihasut oleh syaitan.

Andai anda terserempak dengan kedua-dua makhluk oren tersebut dimana-mana tempat terutama di Cameron Highland berdoalah minta pelindungan Allah dari syaitan dan bacalah ayatul kursi.

Kalau tak hafal ayatul kursi, boleh rujuk kepada Sahibul Samahah Syed Siddiq Segaraga, dia boleh ajarkan ayat kerusi.

No comments:

Post a Comment