Tuesday, May 15, 2018

JANGAN LAWAN KERAJAAN TAPI LAWANLAH FITNAH







Kita sudah ada bukti tentang skandal 1MDB, kenapa Peguam Negara simpan bukti-bukti tersebut dan tidak dakwa Najib ?

Jika kita berjaya ke Putrajaya - hari pertama yang kita nak buat adalah Heret Najib ke Mahkamah.

SETELAH 7 HARI - mereka pegang kuasa, kononnya mereka ada bukti ....tapi masih tak dakwa ?

Saya bukan nak membela Najib jika dia benar-benar bersalah, tetapi saya tidak boleh terima pembohongan dan fitnah.



Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yakin pihak pendakwa raya mampu mewujudkan kes yang kukuh untuk mendakwa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membabitkan rasuah yang dikaitkan dengan 1MDB.

Bercakap melalui sidang video kepada mesyuarat majlis CEO Wall Street Journal di Tokyo, Dr. Mahathir di petik oleh The Straits Times Singapura sebagai berkata: “Kami kini semakin menghampiri kepada punca perkara ini dan ramai pegawai-pegawai kanan kami secara sukarela memberikan maklumat yang sudah tentu disertakan dengan dokumen.”


“Kami fikir dalam tempoh tidak berapa lama lagi akan ada kes terhadap beliau, yang akan membolehkan kami mendakwa beliau.”

Dr. Mahathir menambah beliau berhadapan masalah untuk `cuba mempercayai orang untuk menyiasat Najib’.


Blog Sarawak Report cetusan pemfitnah tegar Clare Rewcastle-Brown terus mencipta  kontroversi menuduh kerajaan melesapkan wang rakyat; daripada tuduhan mencuri wang 1MDB sebelum PRU13, sehinggalah dakwaan KWSP melenyapkan dana untuk kempen Barisan Nasional (BN) bagi PRU14 akan datang.

Menurut blog tersebut, sebanyak RM10.64 bilion nilai sukuk Kumpulan Wang  Simpanan Pekerja (KWSP) dipindahkan kepada syarikat Limage Holdings S.A di  Luxemborg dimiliki oleh warga Hungary yang dikatakan baru sahaja keluar dari  penjara, Dr Gyorgy Matrai.

Dakwanya, Matrai ditugaskan untuk menerbitkan dana tunai sehingga RM15.66 bilion (USD4 bilion) bertujuan membiayai kempen BN dimana dalang seluruh 'scam' ini didalangi oleh sekumpulan pihak di Pejabat Perdana Menteri.

KWSP dalam respon terhadap catatan Sarawak Report menegaskan bahawa syarikat  tidak pernah berurusan ataupun memeterai perjanjian dengan Limage Holdings SA,  Limage Southwest Holdings, individu yang dikenali sebagai Mr Matrai atau mana- mana pihak seperti yang dinyatakan oleh Sarawak Report.

"Justeru, tiada sebarang pemindahan bon atau dana seumpamanya kepada mana-mana  syarikat, pihak atau individu seperti yang dinyatakan di atas berlaku seperti  yang didakwa," katanya dipetik Bernama.

Kata dana pencen awam itu, sebarang skim seumpamanya tidak akan melepasi rangka  kerja tadbir urusnya yang kukuh dan mantap.

No comments:

Post a Comment