Monday, April 9, 2018

TIGA TERAS UTAMA SENJATA MCA PRU 14



MCA selalu menjadi bahan kecaman DAP di dalam parlimen, kononnya MCA ini seolah-olah budak suruhan UMNO, pak turut UMNO, tak berani menentang UMNO dan sebagainya. Tuduhan dan cercaan DAP ini jelas menunjukkan wajah sebenar DAP yang tidak ikhlas dalam PAKATAN mereka sendiri. Mana mungkin seorang yang berfikiran begitu mampu membentuk kesepakatan yang ikhlas dan ingin menyelamatkan Malaysia. 

Justeru itu tuduhan dan kecaman DAP hanya membuka pekung di dada mereka bahawa mereka kini sedang memperbudak-budakan PAN. PKR dan PPBM. Jelas sekali apa saja agenda PAKATAN  ianya mestilah diredhai oleh DAP. 

Sebab itulah PAS yang tidak sekata dengan DAP tidak boleh bertahan dalam PAKATAN RAKYAT yang telah terkubur dalam PRU 13 yang lalu. 

Bagi menjawab tuduhan DAP perlu di ingat bahawa BARISAN NASIONAL  berdiri atas satu permuafakatan kontrak sosial yang telah termaktum dalam perlembagaan sejak sekian lama dahulu lagi. Iaitu sebelum wujudnya si pengacau DAP di dalam Persekutuan Malaysia

Tidak timbul langsung kononnya MCA budak suruhan UMNO atau pak turut UMNO kerana Barisan Nasional wujud atas dasar saling hormat menghormati antara satu sama lain. Dalam Barisan Nasional kita memahami hak dan kepentingan semua kaum berasaskan agenda nasional negara. Begitulah DAP, apa yang mereka buat dekat PKR, PAN dan PPBM mereka ingat perkara yang sama berlaku dalam BN. 

Justeru itu MCA sebagai sebuah parti yang sudah matang dalam politik tanahair tidak perlu ambil pusing semua tohmahan parti pembangkang terutama DAP. 

Dalam menghadapi PRU ke 14 ini parti MCA telah mengariskan TIGA TERAS UTAMA  yang merangkumi hab pendidikan global, pemerkasaan belia dan kesejahteraan sosioekonomi. Di dalamnya terangkup 10 janji MCA dalam PRU ke 14 ini. 

Antaranya MCA berjanji memelihara kesederhanaan dalam kerajaan dan institusi asas negara serta mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Kita sedar bahawa pentingnya sikap toleransi dan kesederhanaan ini. Kejayaan perpaduan dan muafakat sesama kaum dalam negara selama ini adalah hasil dari sikap kesederhaan ini. Justeru itu ianya perlu dikekalkan serta diteruskan lagi dalam kerajaan dan institusi asas negara.

MCA juga mahu memastikan kewujudan semak dan imbang dalam kerajaan sekarang serta memberi keutamaan terhadap agenda permerkasaaan generasi muda dan wanita terutamanya dalam meyediakan peluang pekerjaan, latihan serta pengajian. 

Tak kurang pentingnya juga ialah meningkatkan kualiti pendidikan cina dan melonjakkan pencapaian di pentas pendidikan antarabangsa menerusi pendekatan  pemodenan terutama membabitkan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dan Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman. 


No comments:

Post a Comment