Ramai yang tergejut dengan kenyataan Tunku Mahkota Johor (TMJ). Tidak sesiapa menyangka TMJ akan membuat kenyataan seperti demikian. Tunku bertitah kepada rakyat negara ini untuk buka mata dan jangan lagi tertipu dengan apa yang diperkatakan oleh individu yang sudah berusia 93 tahun.
Dalam kenyataan panjangnya di halaman Facebook Johor Southern Tigers pada Sabtu malam, beliau berkata, tanpa mengira parti yang memerintah atau pembangkang, rakyat perlu bijak menilai apa yang terbaik untuk negeri ini dan negara.
Tunku Ismail mahu rakyat buka mata dan jangan lagi tertipu dengan individu berumur 93 tahun yang ingin sekali lagi menjadi Perdana Menteri. Inilah masanya untuk pulihkan negara dari dirosakkan oleh individu tersebut.
Tunku menjelaskan bahawa individu inilah yang telah cuba membubarkan Angkatan Setia Negeri Johor (JMF) yang telah wujud sejak 1886. Individu tersebut juga mahu menarik kuasa Sultan Johor yang wujud sebelum adanya negara bernama Malaysia.
Titah Tunku Ismail ini patut dijadikan sebagai pedoman kepada rakyat Malaysia agar negara kembali keadaan aman dan bersatu padu. Rakyat tidak perlu diporak perandakan oleh individu yang gilakan kuasa.
"JANGAN KITA BERPECAH BELAH DAN MUDAH DIPERMAINKAN DENGAN ANASIR LUAR YANG MAHU MENGHANCURKAN KEDAULATAN NEGERI INI" Tunku Ismail.
No comments:
Post a Comment