Sunday, April 8, 2018

BERSAMA BN, HEBATKAN NEGARAKU



Bagaikan cacing kepanasan puak-puak Pakatan Harapan apabila Perdana Menteri melancarkan Manifesto Barisan Nasional semalam. Ada yang kata gula-gula PRU, dedak dan rasuah PRU. Lantaklah apa yang mereka nak kata apa pun, Barisan Nasional tidak menjanjikan sesuatu yang mampu di beri, bukannya memberi janji-janji palsu seperti Pakatan Harapan. 

Mereka tak mampu nak buat manifesto macam BN bukan sebab mereka tak boleh, tapi mereka tak mahu duit yang berbilion-bilion jumlahnya diberi kepada rakyat dengan percuma. Mereka hanya tahu kerah duit rakyat tapi tak pernah berfikir untuk memberi khidmat kepada rakyat. 

Manifesto BN yang setebal 220 muka surat mengariskan 14 teras dan 364 inisiatif yang memberi banyak kepada manfaat kepada rakyat di seluruh negara. Najib berikrar, berjanji dan bersumpah akan memastikan semua janji-janji ini dilaksanakan sepenuhnya. 

Barisan Nasional tidak pernah menjanjikan sesuatu yang tidak masuk akal atau mustahil untuk dilakukan. Semua yang diijanjikan sudah tentu di kaji akan kemampuan untuk melaksanakannya. Apa yang penting semua rakyat merasai kemakmuran negara.

Perdana Menteri juga menyifatkan manifesto pakatan pembangkang sebagai satu formula yang akan memusnahkan negara. Masa depan negara tidak sewajarnya diperjudikan kepada mimpi-mimpi yang diciptakan oleh pembangkang. 

Masa depan negara adalah milik bersama seluruh rakyat tanpa mengira etnik, pegangan agama dan kepercayaan serta kedudukan geografi. 

Undi rakyat kepada Barisan Nasional adalah amanah yang perlu digalas dan merupakan mandat untuk menjamin masa depan. 

Benarlah Barisan Nasional bukanlah parti yang tidak ada cacat cela langsung, tapi BN tidak pernah mensia-siakan harapan dan mandat yang telah rakyat amanahkan kepadanya. 

No comments:

Post a Comment