Wednesday, April 25, 2018

SAYA DI FITNAH TERLIBAT DALAM PEMBUNUHAN




Isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu, 19 Oktober 2006

Saya difitnah telah bersama membunuh mendiang pada tarikh kejadian. Nauzubillah. Bagaimana saya mahu membunuh orang sedangkan cicak jatuh di depan mata pun saya melompat lari. Saya juga takut gelap. Apa lagi saya nak mendaki bukit di tempat yang dikatakan menjadi lokasi pembunuhan itu. 

Tidak ada daya upaya saya berbuat begituPada tarikh itu juga saya dan Leftenan Kolonel Norhayati Hassan berada di dalam Majlis Berbuka Puasa Dan Penyampaian Bantuan Hari Raya Kepada Anak-Anak Yatim Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.


Apabila saya difitnah dan media menyiarkannya, saya tidak diberikan kekebalan. Mungkin ramai orang yang tidak tahu bahawa saya disoal siasat di Bukit Aman selama enam jam gara-gara fitnah itu.

No comments:

Post a Comment