Wednesday, July 26, 2017

KERJASAMA ERAT SPAD, PLUS




Sudah lama dinanti-nantikan kerjasama yang lebih erat antara Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dengan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam memastikan usaha pengguna ikut dan patuh pada peraturan jalan raya.

Sudah lama natizen melihat sesetengah pengguna lebuhraya bebas melanggar undang-undang. Memandu melebihi had laju, memotong disebelah laluan kecemasan dan lain-lain lagi. 

Perkara ini sudah cukup lama menjadi kebiasaan bagi pengguna lebuhraya PLUS. Sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pengguna perlu dicegah agar kecelakaaan di lebuhraya dapat dicegah dan dikurangkan. 

Elok sangatlah SPAD membuat pemantauan melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang dimiliki oleh PLUS. Perkara ini dinyatakan oleh Pengurus Kanan Bahagian Penguat Kuasa SPAD, Datuk Hasni Cik Ahmad.

"Tujuannya untuk memantau pengguna lebuh raya khususnya lori dan bas yang melakukan kesalahan di sepanjang laluan milik PLUS.


"Kerjasama ini telah bermula lama, namun pada tahun ini kerjasama itu ditingkatkan secara lebih sistematik," katanya dalam sidang akhbar selepas mengetuai Operasi Bersepadu antara pihaknya dengan PLUS dan polis di Plaza Tol Skudai, di sini sebentar tadi.