Thursday, April 13, 2017

SPRM TANYA KHABAR ADAM ROSLY, SIHAT KE ?




Ketua Angkatan Muda PKR Ampang, Datuk Adam Rosly tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini untuk disiasat berhubung dakwaan kekayaan luar biasa.

Beliau yang memakai baju batik berwarna jingga tiba di sini pada pukul 2.30 petang kemudian dilihat memasuki Ibu Pejabat SPRM untuk memberikan keterangan.

Menurut sumber SPRM, beliau berkemungkinan akan ditahan selepas selesai disoal siasat pada lewat petang ini.

Pada 10 Februari lalu, SPRM merakam percakapan Adam yang dipercayai berhubung dakwaan kekayaan luar biasa.

UMNO Bahagian Ampang sebelum ini pernah membuat laporan kepada SPRM bagi menyiasat dakwaan itu.

Adam dalam usia begitu muda dikatakan mampu memiliki sebuah banglo mewah di Ampang dianggarkan bernilai antara RM3 juta dan RM4 juta sedangkan sebelum terlibat dalam kancah politik pernah menetap di kawasan setinggan Kampung Pinggir Lembah Jaya.

Beliau didakwa bukan sahaja memiliki banglo mewah berkenaan tetapi turut mempunyai beberapa buah rumah di tempat lain. - UTUSAN ONLINE



No comments:

Post a Comment