Tuesday, April 25, 2017

OPERASI TAHAN KENDERAAN BERAT MELEBIHI MUATAN



 Kenderaan mereka besar berkali ganda, muatan mereka kadang-kadang melebihi had yang dibenarkan, bahkan mereka memandu lebih laju daripada had yang dibenarkan, mereka yang dimaksudkan ialah pemandu lori yang sering mendapat aduan orang ramai kerana memandu secara bahaya tanpa menghiraukan keselamatan pengguna jalanraya yang lain. 

Baru-baru ini satu  operasi telah dijalankan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bagi mengesan lori-lori kenderaan pengangkutan perdagangan yang membawa muatan yang melebihi had yang dibenarkan.

Operasi yang dijalankan sekitar Bandar Tun Razak, batu 9 Cheras dan Hulu Langat telah berjaya menahan 16 buah lori untuk diperiksa. 10 daripada kenderaan ini didapati telah membawa muatan yang melebihi 130 peratus, manakala  lagi lori membawa muatan melebihi ketinggian panel sisi. Operasi ini dibantu oleh beberapa agensi penguat kuasa yang lain. 

 Kesalahan mereka bukan sahaja membawa muatan yang melebihi had malah menggunakan jalan bandar pada waktu kemuncak selain memotong kenderaan lain secara bahaya.Ada juga lori yang gagal mengemukakan salinan permit perkhidmatan, lesen pengendali dan juga tiada permit kenderaan, lesen pengendali. 

Menurut Ketua Jabatan Penguat Kuasa SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad, mereka semua direkodkan di bawah kesalahan Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.






 


No comments:

Post a Comment