Tuesday, April 4, 2017

KHALID TIADA SALAHLAKU, AZMIN FITNAH DEMI JAWATAN MB ?




BEKAS Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak pernah mengharapkan permohonan maaf daripada penggantinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali selepas Mahkamah Tinggi memutuskan tiada salah laku dalam pemberian wang pampasan RM2.7 juta kepada tujuh bekas pegawai Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI).

Namun bagi beliau yang menjadi isu apabila Mohamed Azmin menimbulkan soal moral berhubung pembayaran wang pampasan itu yang dibayar kepada tujuh kakitangan terlibat menerusi Skim Pemisahan Sukarela (VSS) pada 2014. Tetapi katanya, soal moral tidak timbul apabila Mohamed Azmin bersungguh-sungguh pula untuk membuat bayaran sebanyak RM3 bilion kepada Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn. Bhd. (Splash) meskipun taksiran asalnya hanya RM250 juta.



Saya tidak pernah menyimpan harapan untuk Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta maaf kepada saya setelah Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa tiada salahlaku dan salahguna kuasa mahupun konspirasi dilakukan dalam pemberian wang pampasan kepada tujuh pegawai apabila mahkamah menolak saman Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) untuk mendapatkan kembali wang pampasan tersebut.

Walaupun beliau serta kartel upahannya sentiasa mencanangkan perkara tersebut demi memberi imej buruk terhadap saya dan mahkamah telah memutuskan sebaliknya, sejujurnya saya tidak terkejut apabila beliau dengan gah memberitahu media bahawa beliau tidak akan meminta maaf kepada saya berdasarkan sikap yang beliau tunjukkan sejak menerajui kerajaan ne­geri.

Namun saya agak terkejut apabila beliau cuba menyentuh soal moral ketika menyatakan pendirian berkenaan keputusan mahkamah itu. Saya berasa pelik dan hairan bagaimana beliau mahu menggunakan elemen moral setelah gagal membuktikan tuduhan beliau melalui proses mahkamah.

Suka saya nyatakan kepada Datuk Menteri Besar bahawa sikap moral hendaklah digunapakai secara menyeluruh di dalam pentadbiran dan pe­ngurusan negeri. Jika beliau kononnya mengenakan nilai moral yang tinggi di dalam isu pemberian pampasan bernilai RM2.7 juta, beliau juga perlu mempunyai sikap yang sama dalam hal yang lain termasuk dalam isu yang jauh lebih besar yakni pembayaran kepada Splash.

Saya ingin bertanya adakah bermoral bagi seorang Menteri Besar itu bersungguh-sungguh untuk mendapat kembali wang pampasan RM2.7 juta kepada bekas pegawai namun bersungguh-sungguh pula un­tuk membuat bayaran RM3 bilion kepada Splash meski­pun taksiran asal hanya RM250 juta?

Adakah bermoral bagi seorang Menteri Besar mem­belanjakan ratusan juta ringgit membayar juruperunding undang-undang dan kewa­ngan serta jurunilai semata-mata mahu menyediakan satu laporan yang menjustifikasikan lebihan bayaran kepada Splash?

Adakah bermoral bagi beliau selaku Menteri Besar mengalihkan beban kesalahan kepada kerajaan Persekutuan atas kelewatan beliau menyelesaikan penstrukturan semula industri air Selangor setelah gagal mendapat dana untuk membayar lebihan RM2.7 bi­lion kepada Splash?

Adakah bermoral bagi seorang Menteri Besar yang se­ngaja tidak mahu mengenakan atau menyemak semula bulk service rate terhadap Splash sedangkan perkara tersebut boleh beliau laksanakan sementara menunggu pe­nye­lesaian pengambilalihan yang mana beliau amat sedar dengan kegagalan beliau berbuat demikian, Splash telah menikmati keuntungan melebihi RM400 juta setahun sejak 2014 sehingga 2016 dan akan berterusan sehingga penyelesaian tercapai?

Dan adakah bermoral bagi seorang Menteri Besar membiarkan pembayaran terlampau tinggi kepada Splash yang akhirnya hanya akan mening­katkan tanggungan hutang negeri sehingga RM3 bilion dan kenaikan tarif air kepada rakyat Selangor?

Dalam pada saya amat pasti rakyat Selangor dapat memberi jawapan yang betul kepada persoalan di atas, saya yakin Menteri Besar Selangor tidak berani untuk berdepan dengannya.

Dalam isu moral dan pembayaran ke atas Splash hingga meningkatkan beban negeri dan rakyat, saya yakin pimpinan daripada Pas dan mungkin UMNO boleh membincangkan dengan mendalam dan terpe­rinci.

Rakyat Selangor memang menyokong Menteri Besar dan kepimpinan negeri jika berpandukan kepada ra­ting yang dikeluarkan agensi yang dibiayai kerajaan negeri, jus­teru adalah menjadi tanggungjawab moral bagi Menteri Besar memberi keutamaan kepada kepentingan rakyat Selangor dan berhenti mengi­si tembolok syarikat konsesi apatah lagi jika mengamalkan sikap tidak bermoral de­ngan menyelam sambil me­minum air dengan turut sama menikmati habuan laba.



No comments:

Post a Comment