Saturday, April 15, 2017

ASTAQFIRULLAH...!!! RAFIZI SEMAKIN KETAGIH MENFITNAH


Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM) membidas kenyataan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, yang menggambarkan seolah-olah ramai hakim Mahkamah Syariah terbabit dalam rasuah.

Dalam ucapan yang disampaikan pada program sidang Parlimen olok-olok anjuran pembangkang 10 April lalu, Naib Presiden PKR itu dikatakan mendakwa kes hakim mahkamah syariah ditangkap dan ditahan kerana rasuah lebih banyak berbanding hakim mahkamah sivil. PPSM berkata, dakwaan Rafizi itu adalah tohmahan tersasar, melulu dan jauh menyimpang daripada kebenaran. 

Kesal dengan kenyataan itu, PPSM menuntut Rafizi memohon maaf kepada institusi kehakiman terbabit kerana dakwaan berkenaan mencemari imej serta menghilangkan kepercayaan masyarakat terhadap mahkamah syariah. "PPSM membantah sekeras-kerasnya kenyataan itu kerana berdasarkan rekod sejak jawatan Hakim Syarie diwujudkan pada 1990-an, hanya satu kes membabitkan pendakwaan hakim syarie dan disabitkan dengan kesalahan rasuah. 

"Selain kes itu, tiada hakim syarie di Malaysia didakwa dan disabitkan dengan kesalahan rasuah. "Andaian seseorang ditangkap dan ditahan tidak menggambarkan perlakuan kesalahan rasuah sehingga sabitan mahkamah. "Ia berpadanan dengan prinsip seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah dan kaedah fiqh 'al-Aslu Bara-atu az-Zimmah' yang bermaksud asal setiap manusia adalah bebas daripada sebarang tanggungan.

"Ia juga boleh diertikan seseorang yang ditahan masih dianggap bebas hingga terbukti perlakuan jenayahnya," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. Rafizi mengeluarkan dakwaan itu ketika berucap dalam sidang Parlimen olok-olok oleh pembangkang ketika 'membahaskan' Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355.

No comments:

Post a Comment