Sunday, March 12, 2017

TIME INI LAH ANAK BUAT KACAU

Jika anda berada dalam situasi di mana anda sedang ditemuramah secara langsung dan sedang ditonton oleh jutaan penonton di seluruh dunia, secara tiba-tiba dua anak kecil anda datang secara tiba-tiba seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku, Apa yang anda akan lakukan? Tersenyum, menjerit, panik?

Inilah yang berlaku kepada Prof. Robert E. Kelly, seorang profesor sains politik di Universiti Kebangsaan Pusan, Korea Selatan. Namun dia kelihatan bersahaja, tanpa memalingkan mukanya, hanya menolak anak itu yang secara tiba-tiba masuk ke dalam bilik di mana beliau sedang melakukan sidang Skype bersama pengantara BBC World News mengenai skandal jenayah Korea Selatan.

Sebagai kanak-kanak, pastinya situasi itu tidak mempunyai apa-apa makna dan mereka hanya memikirkan untuk bermain-main di dalam bilik itu.



Lebih melucukan, selepas kanak-kanak pertama itu masuk ke dalam bilik berkenaan, hadir pula seorang lagi kanak-kanak atau lebih sesuai dipanggil bayi, menggunakan kereta bayi turut masuk ke dalam bilik tersebut mungkin mahu mengikuti apa yang dilakukan oleh kanak-kanak yang lebih besar itu lakukan.

Ketika itu, Kelly cuba sedaya upaya mungkin sedang menahan rasa geram atau rasa lucu sambil memohon maaf beberapa kali kepada pengantara BBC World News itu tanpa dapat meneruskan sesi temuramah tersebut, namun mata masih memandang kepada kamera.

Pada masa itu juga, kelihatan seorang wanita dewasa yang menurut CNN adalah isteri kepada Kelly, menarik kedua-dua kanak-kanak itu keluar daripada bilik berkenaan secara tergesa-gesa tanpa menggangu Kelly yang ketika itu masih menahan sabar sama ada mahu marah atau ketawa.

Selepas keluar, kedengaran kanak-kanak berkenaan menjerit mungkin menyatakan rasa tidak puas hati kenapa mereka perlu keluar dari biliik berkenaan.

Video itu kini tular di media sosial yang mendatangkan rasa lucu kepada para netizen di seluruh dunia.Sehingga petang tadi, video asal berkenaan sudah dikongsi sebanyak 16 juta kali. - UTUSAN ONLINE





No comments:

Post a Comment