Sunday, March 12, 2017

"SERANGAN DAP DI MELAKA GAGAL"






Kebiadapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Keroh daripada DAP, Khoo Poay Tiong yang membuat Provokasi me­lam­pau dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) diarah meninggalkan Dewan.

Tindakan beliau mencelah dan me­lakukan provokasi kurang ajar semasa Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron menjawab soalan berkaitan kes rasuah melibatkan pegawai kerajaan negeri menyebabkan Speaker DUN, Datuk Othman Muhamad hilang sabar dan mengarahkan dia meninggalkan dewan.

Kedegilan Poay Tiong yang kerap mencelah setiap kali Idris cuba memberi jawapan menyebabkan beliau diberi amaran, namun langsung tidak diendahkan sehingga mencetuskan kekecohan dalam Dewan..

Speaker DUN, Datuk Othman Muhamad mengeluarkan arahan itu setelah Poay Tiong diberi amaran lisan sebanyak tiga kali kerana tindakannya mencelah dan me­lakukan provokasi semasa Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron menjawab soalan berkaitan kes rasuah melibatkan pegawai kerajaan negeri.

ADUN DAP itu dikatakan tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan Idris berkaitan status projek pembangunan melibatkan pegawai kanan sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini yang dikaitkan dengan kesalahan rasuah.

Idris tetap bersikap tenang, malah beliau cuba mententeramkan keadaan, namun provokasi terus dilakukan oleh Poay Tiong sehingga menyebabkan Speaker terpaksa campur tangan.

Sikap degil dan bongkak Ke­tua Pembangkang DUN Melaka itu yang tidak mahu mengikut peraturan serta arahan Speaker menyebabkan beliau diarahkan keluar dan hanya dibenarkan memasuki semula Dewan esok.

Walau bagaimanapun, Poay Tiong yang tidak berpuas hati de­ngan arahan Speaker cuba mema­suki Dewan selepas persidangan disambung semula, tetapi dihalang oleh polis dan bentara Dewan.

Keadaan tegang itu menyebabkan suasana di luar Dewan menjadi kecoh dan mengakibatkan sesi pembentangan usul yang sedang berlangsung terganggu seketika.

Sementara itu, dua lagi ADUN DAP, Tey Kok Kiew (Banda Hilir) dan Lai Keun Ban (Kota Laksamana) turut meninggalkan Dewan sebagai tanda tidak berpuas hati dengan arahan Speaker terhadap Poay Tiong.


No comments:

Post a Comment