Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) merupakan satu lagi projek yang bakal melonjakkan ekonomi negara yang akan meningkatkan potensi aktiviti pembangunan di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). Projek ini menunjukan betapa kerajaan bersungguh-sungguh dalam meningkatkan ekonomi di wilayah tersebut dan juga berhasrat meningkatkan mutu sistem perhubungan secara sistematik.
Seperti yang kita tahu, negeri-negeri seperti Kelantan, Pahang dan Terengganu sedikit ketinggalan dari segi sosioekonomi dan juga infrastruktur, ECRL yang sepanjang 600 kilometer bakal menawarkan faedah pertumbuhan sosioekonomi di sepanjang jajaran yang juga akan menjadi hub logistik ke landasan laut secara terus kepada bandar-bandar Pearl Delta di China.
Justeru itu melalui kecanggihan sistem pengangkutan ECRL akan mampu merangsang pembangunan, meningkatkan infrastruktur, perumahan mampu milik dan bangunan komersial serta dapat mewujudkan banyak peluang perkerjaan baru. Malaysia dan China telah bersetuju menandatangani rangka kerja pembiayaan, kejuruteraan dan perolehan untuk kontrak pembinaan ECRL yang dianggarkan bernilai RM55 bilion.
Suruhajaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD) bertanggungjawab dalam memastikan projek ini berjalan dengan lancar dan mengikut jadual yang ditetapkan. SPAD bertanggungjawab memastikan segala keperluan dan aspek pembangunan projek ini berada dalam keadaan terbaik dan semuanya berjalan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Pembinaan ECRL akan menyediakan landasan menghubungkan Pelabuhan Klang ke Gombak, Selangor; Gombak ke Kuantan, Pahang seterusnya hingga ke Tumpat, Kelantan.
Apa yang menariknya dengan adanya ECRL perjalanan dari Kelantan ke Kuala Lumpur dapat dipendekkan hanya dalam tempoh empat jam menerusi projek ECRL. Projek yang dijangka siap pada 2024 mempunyai 23 stesen di sepanjang landasan sejauh 600.3 kilometer dan dijangka dimulakan pembinaannya pada Julai ini.
Sudah tentu ERCL bakal memberi kesan yang sangat besar dan penting dalam pembangunan infrastuktur di kawasan Pantai Timur Semenanjung antaranya dapat menggalakkan aktiviti perdagangan, meningkatkan sektor pelancongan serta pertumbuhan hab industri di sepanjang jajaran.
“Seiring mengurangkan kos perjalanan dan pengangkutan kargo ke Pantai Timur, aktiviti pembinaan kejuruteraan awam dijangka akan berkembang sebanyak 10.5 peratus setiap tahun selepas projek ECRL itu mula dijalankan.
“Projek perumahan mampu milik di Pahang dijangka terus berkembang, manakala Kelantan pula akan mencatatkan pertumbuhan projek-projek bangunan bukan kediaman sebanyak 10 hingga 15 peratus,” katanya.
Selain itu, tambah beliau, keadaan muka bumi yang mencabar di kawasan banjaran Titiwangsa akan menawarkan pelbagai peluang kepada syarikat-syarikat pembinaan tempatan untuk menyediakan kepakaran mereka.
“Syarikat-syarikat tempatan dengan keupayaan teknikal tertentu akan berpeluang memenangi pelbagai pakej subkontrak ECRL yang ditawarkan seperti geoteknik, fabrikasi keluli dan kerja-kerja pembinaan terowong,” katanya.
Potensi pertumbuhan 8% sektor infrastruktur
Projek ECRL sepanjang lebih 600km
ECRL menghubungkan:
Pelabuhan Klang ke Gombak Selangor
Gombak ke Kuantan, Pahang
Seterusnya hingga ke Tumpat, Kelantan
Dijangka siap sepenuhnya menjelang 2022
Kontrak pembinaan ECRL dianggarkan bernilai RM55 bilion
SUMBER : Utusan Malaysia
No comments:
Post a Comment