Bukan hari ini rakyat sudah mangli dengan sikap kiasu puak-puak DAP ini. Mereka suka menghasut rakyat kononnya kerajaan bersikap tidak adil, zalim dan tidak adil kepada kaum Cina dan minoriti yang lain. Kali ini tuduhan itu perlu ditelan bulat-bulat oleh Veteran DAP, Lim kit Siang apabila 182 orang ahli bertindak keluar dari DAP ekoran ketidakpuasan hati mereka terhadap tindak tanduk Lim anak beranak yang keterlaluan.
Ini jelas menunjukkan sikap angkuh "Penasihat" DAP Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng. Jika tidak masakan begitu ramai ahli DAP keluar beramai-ramai.
Bagi Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, DAP ini sebuah parti keluarga anak beranak. Tidak ada demokrasi di dalamnya, diktator, angkuh dan tidak hairan selepas 3 ADUN DAP dan seorang MP DAP mengisytiharkan keluar parti, 182 ahli pula membuat tindakan yang sama. Ini sememangnya sudah dapat dijangkakan.
DAP tidak lagi dapat menyembunyikan gelora perpecahan yang berlaku di dalam parti mereka. Tak payah berlakonlah, semua orang tahu DAP menghadapi masalah dalaman yang serius.
Menurutnya lagi, anak Lim Kit Siang, Guan Eng pun terikut-ikut dengan perangai bapanya yang ala Diktator tu. Inilah parti Father & Son. Pernah siapa nampak Kit Siang berubah ? Tak ada, dia masih disitu, dia masih lagi bertanding sebagai MP. Kerakusan Kit Siang ingin berkuasa belum lagi terpadam.
Dia ingin ajar orang lain apa itu demokrasi, tolong tunjukkan pada diri sendiri dululah sebelum nak ajar orang. Berhentilah, berhentilah daripada memecah belahkan rakyat yang berbilang kaum. Sudah tua ini eloklah bermain dengan cucu-cucu sahaja. Jangan menyusahkan rakyat.
Sikap diktator Kit Siang ini juga telah didedahkan oleh orang kanannya dulu, iaitu Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim. Tunku Abdul Aziz pernah berkata,“Ketika saya baru menyertai DAP, terdapat seorang senior dalam parti mengingatkan saya supaya jangan sesekali melanggar arahan orang atasan atau bersedia untuk dikecam. Jika berdegil mahu menyuarakan pendapat juga maka bersedialah untuk menjadi sasaran mereka seterusnya dipinggirkan daripada semua perkara penting dalam parti. Jadi, tidak pelik jika ramai keluar DAP selepas ini.
Manakala bekas Setiausaha Organisasi DAP Bahagian Jelutong, Mohamed Razali Abdul Rahman mengingatkan ahli-ahli DAP agar berfikir semula sama ada wajar atau tidak untuk mereka kekal dalam parti itu. Beliau menjelaskan amalan kronisme yang cukup jelas, terang berlaku dalam DAP apabila Lim Hui Ying iaitu adik Guan Eng dilantik sebagai Setiausaha DAP Pulau Pinang. Nampak terang sangat, ini parti anak beranak Kit Siang.
Semua orang sedia maklum, dalam DAP ini hanya Setiausaha Agung yang berkuasa manakala jawatan lain termasuk Presiden hanya boneka kosmetik semata-mata.
Jadi, ahli-ahli yang masih dalam DAP berfikirlah semula sama ada mahu terus kekal atau tidak dalam parti itu. Jika ya, adakah kepemimpinan anak-beranak seperti ini layak membawa perubahan kepada negara.
No comments:
Post a Comment