Tuesday, February 28, 2017

JALAN TERUK, WARGA SENTUL BERANG





Pengguna jalan raya terutama warga Sentul, di sini pasti merasa berang setiap kali melalui jalan rosak di persimpangan Jalan Taman Datuk Senu di Jalan Sentul, di sini.

Ramai yang mendakwa kegagalan pihak berkuasa tempatan menurap jalan rosak di laluan utama berdekatan stesen minyak itu menyebabkan kerosakan bertambah parah sehingga lubangnya mampu ‘memerangkap’ tayar kenderaan terutama motosikal.

Hentakan yang berlaku juga membuatkan pemandu kenderaan lebih besar terpaksa memperlahankan kenderaan sewaktu membelok, sekali gus mengganggu kelancaran trafik di persimpangan tersebut.

Tinjauan Utusan Malaysia di kawasan berkenaan mendapati keadaan jalan yang ditakungi air pada musim hujan berkemungkinan mengundang kemalangan kerana keadaan lubang yang dalam tidak disedari.

Difahamkan, masalah itu sudah berlarutan sejak tiga bulan lalu namun masih belum ada kerja-kerja baik pulih dibuat pihak bertanggungjawab sehingga mengundang kesengsaraan kepada pengguna.

Justeru, pihak terlibat diminta mengambil tindakan segera sebelum berlaku kemalangan yang mungkin mengorbankan nyawa.

. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment