Sekali lagi tragedi kemalangan yang melibatkan kenderaan awam bas. Kali ini berlaku pertembungan bas persiaran dengan sebuah Toyota Hilux.
Kejadian malang ini menyebabkan seorang wanita dan empat rakannya lagi cedera termasuk tifa kanak-kanak. Kejadian ini berlaku di kilometer 3, Jalan Keramat Pulai, simpang Pulai.
Pemandu bas tersebut terpaksa ditahan bagi membantu siasatan.
Menurut Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Sum Chang Keong, bas berkenaan datang dalam perjalanan Cameron Highlands ke Singapura. Entah macam mana bas tersebut masuk ke laluan bertentangan ketika mengambil selekoh sebelum bertembung dengan Hilux tersebut.
Jika sudah sampai masuk ke laluan kenderaan lain bermakna pemandu ini sudah tentu bermasalah. Polis perlu siasat kes ini.
Mereka yang cedera parah dibawa ke Hopspital Raja Permasuri Bainun (HRPB) untuk di beri rawatan segera. Kesemua mereka diyakini mempunyai pertalian keluarga.
Salah seorang penumpang, Fatimah Uda 48 Toyota Hilux tersebut meninggal dunia pada jam 1.45 petang. Bedah siasat akan diteruskan esok bagi mengetahui punca kematiannya .
Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Oengangkutan Jalan 1987.
Polis yang membuat ujian saringan air kencing pemandu bas tersebut mendapati ujian tersebut adalah negatif. Dalam kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 11.45 pagi ini, dua pemandu bas persiaran tersebut serta enam penumpangnya terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Bulan lepas sebuah bas persiaran terjunam ke dalam gaung mengorbankan 14 nyawa dalam kemalangan maut di Kilometer 137.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berhampiran Plaza Tol Pagoh.
Bas tersebut dikatakan melambung dan terjunam ke dalam gaung sedalam hampir 10 meter sebelum terhenti apabila bahagian depan bas merempuh terowong konkrit di Kampung Jayo, Pagoh di sebelah kiri lebuh raya.
Nahas yang melibatkan bas sejak beberapa tahun lalu amat membimbangkan, ini kerana setiap kali kemalangan jumlah angka korban tinggi. Kerajaan melalui agensi SPAD telah menjalankan pelbagai pendekatan bagi menangani agar perkara seperti ini dapat di elakan.
Antaranya membatalkan lesen dan mengantung permit pengendali perkhidmatan bas tersebut.
No comments:
Post a Comment