Friday, December 23, 2016

RUMAH KETUA MCA DI REMPUH




Rumah Ketua MCA Hulu Langat, Datuk Lee Ban Seng dirempuh sebanyak dua kali oleh seorang lelaki. Lelaki tersebut yang menggunakan kereta Audi dan Nissan Fairlady dikatakan di bawah pengaru dadah telah merempuh pagar rumah beliau sebenyak dua kali. 

Datuk Lee ketika kejadian itu tiada di rumah kerana beliau dikatakan berada di luar negara.

Suspek yang berusia 40 an turut merempuh kereta Audi milik Datuk Lee yang  diletakkan di dalam kawasan rumah. Kejadian berlaku kira-kira jam menghampiri 5 petang. 

Menurut Asisten Komisioner Othman Nanyan, Ketua Polis daerah, beliau berkata, pada mulanya suspek merempuh pagar dan melanggar kereta mangsa menggunakan kenderaan utiliti sukan (SUV) Audi berwarna putih.  Kemudian suspek  keluar dan menaiki teksi ke syarikat kereta terpakai di Sungai Chua sebelum datang semula menggunakan kereta Nissan Fairlady untuk merempuh rumah mangsa sekali lagi.

Selepas polis membuat semakan ke atas kereta SUV Audi yang ditinggalkan lelaki tersebut, mereka mendapati kereta tersebut telah didaftarkan atas nama sebuah syarikat kereta terpakai di Kampung Baru Sungai Chua. Hasil dari siasatan mendapati kereta ini tidak mempunyai sebarang rekod hilang atau lain-lain kes melainkan cukai jalan tamat tempuh.


Menurut polis, suspek yang menyerang rumah Datuk Lee sebenarnnya mempunyai dua rekod jenayah lampau. Dia juga seorang yang positif dadah jenis Methamphetamine. Namun motif serang ini masih tidak diketahui puncanya. 

Pihka polis juga mendapati terdapat sebuah lagi kenderaan jenis Nissan Fairlady kuning yang ada berhampiran rumah mangsa. Pihak polis percaya kereta tersebut ditinggalkan suspek. Menurut siasatan polis, kereta tersebut telah didaftarkan di bawah syarikat yang sama serta tiada rekod hilang. 

Dalam siasatan tersebut juga pihak polis menemui kesan empat cap jari, tiga di pintu kanan dan satu cap jari pada pintu sebelah kiri SUV Audi. Pihak polis terpaksa merampas kedua-dua kereta tersebut untuk siasatan lanjut.

Pihak polis akan menerus siasatan dengan menahan suspek selama empat hari bagi mengenal pasti motif kejadian tersebut. Siasatan diteruskan di bawah Seksyen 447 dan 427 Kanun Kesesksaan.   





No comments:

Post a Comment