Monday, December 26, 2016

KVMRT PROJEK TIDAK MENGUNTUNGKAN : RAFIZI




Inilah masalahnya beberapa kerat manusia apabila kerajaan menjelaskan segala fakta dengan segala bukti dan dokumen yang jelas, mereka masih lagi ingin menegakkan benang yang basah bagi mengelirukan rakyat. 

Kenyataan Rafizi yang menyifatkan KVMRT sebagai satu projek yang merugikan negara dan rakyat adalah cukup memalukan dirinya sendiri. 


Kos pembinaan Transit Ali­r­an Massa Lembah Klang (KVMRT) sebanyak RM40 bilion sudah tidak lagi relevan untuk dijadikan perbandingan kerana anggaran itu berdasarkan harga pada tahun 2009.

Dalam satu kenyataan hari ini, Mass Rapid Transit Corp. Sdn. Bhd. (MRT Corp.), menjelaskan, kos itu juga tidak meliputi tren elektrik, sistem berkaitan serta pengambilalihan tanah-tanah.


Kenyataan itu sebagai me­ngulas komen Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang menyifatkan KVMRT sebagai projek ‘tidak menguntungkan’.


Jelas MRT Corp., angka ber­ke­naan diperoleh daripada cada­ngan konsep pada 2010 yang pada asalnya dikemukakan menerusi cadangan sektor swasta bagi projek KVMRT tiga laluan (dibina secara serentak) kepada kerajaan.


“Namun selepas dikemukakan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), kerajaan melakukan semakan dan kajian cadangan itu yang menyebabkan model projek KVMRT itu diubah secara ketara pada 2010.


“Bercanggah dengan kenya­taan Rafizi, projek KVMRT hari ini bukanlah projek yang diswastakan. Ia adalah milik dan dibia­yai sepenuhnya oleh kerajaan menerusi MRT Corp.,” katanya.

Mengulas lanjut, MRT Corp. berkata, sebaik pemuktamadan proses pengesahan jajaran dan pemerolehan Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK), syarikat itu mengumumkan pada Disember 2012 bahawa bajet kos pembinaan SBK itu adalah RM23 bilion.

MRT Corp. turut memperoleh kos anggaran Laluan MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) sebanyak RM32 bilion berdasarkan tender yang ditawarkan bagi pembinaan laluan berkenaan.


Kesemua tender-tender bagi laluan SBK dan SSP diserahkan menerusi sistem tender terbuka.


Mengulas cadangan Laluan 3, MRT Corp. sentiasa menegaskan bahawa kajian kebolehlaksanaan itu sedang dijalankan dan keputusannya dijangka diketahui pada suku pertama 2017.


Atas alasan itu, MRT Corp. tidak mungkin dapat menyatakan anggaran sebenar kos Laluan 3 dan mana-mana angka yang dilaporkan adalah bersifat spekulatif ke­rana dibuat oleh pihak lain.


“Kami kecewa kerana Rafizi cuba mempolitikkan suatu projek yang jelas sekali memberi manfaat kepada awam. Bagaimanapun, MRT Corp. akan terus memberi tumpuan (kepada usaha-usaha) memastikan kelancaran Laluan SBK manakala fasa kedua projek itu dapat disiap­kan mengikut jadual,” katanya.


Bagi minggu pertama operasi fasa pertama MRT SBK, kira-kira 210,000 penumpang menggunakan perkhidmatan itu yang membuktikan penerimaan serta keterujaan orang ramai terhadap kemudahan itu.


No comments:

Post a Comment