Monday, November 21, 2016

SEKOLAH SJK(C) : WEE BIDAS PENIPUAN FAKTA DAP




Tidak ada modal lain melainkan memainkan sentimen perkauman. Inilah DAP - mengunakan sentimen perkauman sebagai modal mereka untuk meraih simpati politik. Selagi ada pelbagai kaum di Malaysia, selagi itulah DAP akan memanfaatkan demi kelangsungan politik mereka. 

Tidak seperti MCA, walaupun membawa agenda kaum Cina di Malaysia, MCA tetap dengan sikap saling hormat menghormati antara kaum dan berpegang teguh dengan apa yang termaktub dalam perlembagaan. 

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr.  Wee Ka Siong tidak dapat berdiam diri dengan mendedahkan pembohongan yang dibuat oleh ahli parlimen Kulai, Teo Nie Ching berkaitan isu sekolah Cina. 

Ahli parlimen DAP itu memberikan fakta yang mengelirukan serta membohongi masyarakat Cina berkenaan  jumlah sekolah Cina di negara ini. Ahli parlimen  tersebut menipu kononnya sekolah Cina berjumlah 1284 buah sekolah, sedangkan menurut Datuk Wee Ka Siong jumlah yang sebenar ialah 1298 buah sekolah. 

Datuk Wee Kaa Siong menjelaskan, sejak 1999 hinggalah 2016, 17 buah sekolah jenis kebangsaan Cina telah didirikan oleh kerajaan Barisan Nasional. 16 buah sekolah telah beroperasi manakala satu lagi, SJK (C) Kajang Utama akan beroperasi tahun hadapan. 

Jelas sekali, ahli parlimen DAP lebih suka bermain api isu perkauman. Dia dengan sengaja untuk menimbulkan kebencian masyarakat Cina kepada kerajaan. Lihat sendiri, kepimpinan DAP sendiri tercalit dengan rasuah dan penyelewengan. 

Apabila mereka terpalit dengan skandal penyelewengan dan rasuah, pandai pula mereka menutup dan berdiam diri. Inilah sikap hipokrit  DAP dan sekutu-sekutunya. Tidak ada satu pun jasa mereka kepada rakyat apatah lagi kepada masyarakat Cina. 

Semoga rakyat sedar penipuan demi penipuan yang mereka lakukan. 





No comments:

Post a Comment