Lembah Klang yang mempunyai lebih kurang 9 juta penduduk merupakan kawasan paling pesat membangun dengan kepadatan penduduk pelbagai etnik dan kaum. Disinikan tempat mereka bekerja mencari rezeki, belajar,membina keluarga dan membentuk satu masyarakat yang moden dan maju. Kepadatan penduduk di Lembah Klang antara punca kenapa keperluan kepada pengangkutan awam menjadi pokok utama dan perlu ditangani segera.
Bermula pada tahun 2010 kerajaan telah bertindak menangani permasalahan pengangkutan awam di Lembah Klang. Bermula dari Sungai Buloh di sebelah barat hingga ke Kajang di sebelah timur sejauh 51 kilometer dengan 31 stesyen.
Semua stesen akan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan seperti eskalator, lif, pusat kihdmat pelanggan, mesin tiket, tandas, bilik solat dan telefon awam. Stesen-stesen juga akan mempunyai kemudahan untuk orang kurang upaya seperti lif dan ramp, panduan sentuhan dan jalur-jalur amaran di sepanjang laluan pejalan kaki dan platform.
Lebih daripada 8,000 tempat letak kereta akan disediakan di stesen-stesen MRT tertentu. Kebanyakan stesen di luar pusat Bandaraya Kuala Lumpur akan mempunyai perkhidmatan bas-bas pengantara. Stesen-stesen akan mempunyai tempat untuk menurunkan penumpang, sementara laluan pejalan kaki bertutup akan dibina untuk membolehkan orang ramai berjalan ke stesen dengan selesa dan selamat.
Hari ini dengan usaha yang berterusan link ini ditambahlah lagi bagi memudahkan perhubungan antara bandar. Iaitu dengan membina MRT Sungai Buloh - Serdang -Putrajaya.
Jajaran kedua MRT yang menghubungkan Sungai Buloh -Serdang - Putrajaya (SSP) yang telah mulakan pembinaanya pada suku ke dua 2016. Menurut Pengarah Operasi Strategik dan Perhubungan MRT Corp. Fasa pertama pembinaan melibatkan laluan tingkat atas daripada Sungai Buloh hingga ke Kampung Batu.
Trek sepanjang 52 .2 kilometer itu menghubungkan 37 stesen ,11 daripadanya stesen di bawah tanah dianggarkan waktu perjalanan kira-kira 84 minit. Kosnya dianggar 8 bilion ringgit. Laluan kedua MRT ini akan mempunyai kadar penumpang harian sebanyak 529,000 apabila mula beroperasi sepenuhnya dari Sungai Buloh ke Putrajaya. Antara lokasi yang dilalui adalah Sri Damansara, Jalan Sultan Azlan Shah, KLCC dan Cyberjaya.
Kepong Sentral akan menjadi stesen petukaran antara MRT dan KTM Komuter bagi memudahkan pengguna KTM menggunakan kemudahan MRT. Stesen MRT SSP line juga akan disokong dengan kemudahan tempat letak kereta bertingkat bagi memudahkan pengguna meletakkan kenderaan mereka dengan selamat.
Manakala di stesen Titiwangsa pengguna boleh menukar samada mengunakan perkhidmatan LRt ataupun Monorail. Setiap stesen pertukaran juga merupakan pengantara kepada bas henti-henti bagi memudahkan pengguna bergerak dan bertukar dari satu destinasi ke destinasi yang lain.
Mereka yang tinggal dan bekerja di sepanjang laluan MRT Sungai Buloh-Kajang bakal menikmati kemudahan ini apabila ia dijadual beropersi bermula pada bulan Disember bagi Fasa 1, dari Sg Buloh ke Semantan. Fasa 2, dari Semantan ke Kajang dan melalui pusat bandar, akan siap pada Julai 2017.
Dengan baris pertama hampir siap, MRT Corp telah beralih tumpuan ke garisan kedua, yang akan menghubungkan Sungai Buloh ke Serdang dan Putrajaya, akan melalui bandar KL. Fasa pertama SSP talian, yang akan menyambung Kwasa Damansara ke Kampung Batu, dijangka siap pada Julai 2021. Fasa kedua, yang akan pergi sepanjang jalan ke Putrajaya, dijadualkan siap Julai 2022.
Tran MRT ini mampu menampung 1200 penumpang pada satu-satu masa. MRT dijangkakan dapat mengurangkan kesesakan kederaan dijalanraya dengan anggaran 176,000 buah kereta. MRT SSP line akan menghubungkan dengan sistem pengangkutan rail yang lain. Ia menghubungkan dengan KTM Komuter, LRT , Monorail, ERL dan juga SPK line. Ini akan meningkat lagi peluang perniagaan dan pekerjaan bagi rakyat Malaysia disamping dapat memudahkan perjalanan anda ke tempat kerja dan peniagaan anda.
MRT line akan membawa anda ke destinasi anda dengan cepat, mudah, selamat dan efisyen. MRT menghubungkan ramai orang di setiap tempat di Lembah Klang.
No comments:
Post a Comment