Monday, July 25, 2016

MH370 : PENCARIAN BAKAL DITANGGUH ?




Sehingga kini satu-satunya Boieng 777 di dunia yang tidak tahu keberadaanya di dunia hanya MH370. Sehingga kini tidak ada satu berita pun tentang pesawat ini kecuali penemuan- penemuan yang dikatakan berasal dari pesawat tersebut.

Beberapa penemuan serpihan pesawat yang diyakini berasal dari MH370 telah ditemui, namun masih tidak dapat menjejaki dimana sebenarnya MH370 berkubur. 

MH370 yang hilang sejak Mac 2014, hingga kini masih belum lagi menunjukkan petunjuk yang positif walaupun beberapa cebisan pesawat tersebut telah di temui di beberapa tempat di seluruh dunia. Malaysia, sebagai negara yang bertanggungjawab terus memberi komitmen dalam meneruskan operasi ini. 

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, baki kawasan pencarian berbaki kurang dari 10,000 kilometer persegi. Pencarian ini dikatakan akan berakhir pada Oktober ini, andai cuaca tidak mengizinkan mungkin operasi pencarian akan diteruskan sehingga Disember.

Dalam satu perbincangan yang telah disepakati oleh Malaysia, China dan Australia selepas Mesyuarat Tiga Pihak Peringkat Menteri berkenaan MH370 yang juga disertai oleh Menteri Pengangkutan masing-masing, dalam perbincangan itu telah diputuskan bahawa operasi pencarian ini akan digantung namun ia bukanlah bermaksud menghentikan terus operasi mencari. Ianya akan disambung sekirannya terdapat bukti-bukti baru yang boleh dipercayai oleh semua pasukan pencarian.

Liow juga menegaskan bahawa lokasi pencarian sekarang diyakini sebagai lokasi sebenar seperti yang dikenalpasti selama ini.

Beliau dimaklumkan juga bahawa oleh Pasukan Penyiasatan Keselamatan Pertubuhan  Penerbangan Awam (ICCAO) serpihan yang ditemui di beberapa negara sebelum ini masih lagi dalam siasatan.