Tuesday, June 21, 2016

UBER, GRAB DIBENARKAN BEROPERASI ?

Desas desus Grab dan Uber akan dibenarkan beroperasi oleh kerajaan sudah lama bertiup kencang sejak dua tiga bulan yang lalu lagi. Ini kerana rakyat memberi "feedback"yang bagus terhadap perkhidmatan mereka termasuk juga para pelancong.

Satu cadangan telah dikemukakan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) iaitu Program Transformasi Industri Teksi yang bertujuan membenarkan uber dan grab beroperasi mengikut undang-undang bagi menyamarata medan persaingan untuk pemandu teksi.

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh SPAD menyatakan asas tujuannya adalah untuk membenarkan dari segi undang-undang pola permintaan yang dipacu teknologi bagi mengawal selia perkhidmatan e-hailing (e-panggilan) seperti Uber dan Grab. 

Lagipun ia boleh menyemarakan lagi medan persaingan untuk pemandu sedia ada agar mereka mempunyai peluang yang sama dan adil.

SPAD juga mengesyorkan agar lesen baharu dikeluarkan kepada pemandu teksi yang mempunyai rekod prestasi bersih bagi memupuk semangat keusahawanan di peringkat individu.

Jika cadangan ini diluluskan kerajaan, sedikit sebanyak pemandu kereta Uber dan Grab akan merasai apa yang dirasai oleh pemandu teksi sekarang. Namun dari segi positifnya mereka semua akan bersaing dan memberi perkhidmatan yang terbaik. Tidak akan ada lagi kautim harga dalam teksi. Yang paling penting pelancong akan memberi feedback yang posotif untuk perkhidmatan awam di Malaysia.