Tuesday, June 21, 2016

MEREKA PUN PENTERNAK RASUAH



Jenayah rasuah yang berlaku dikalangan kakitangan kerajaan di negara Pasir Berdengung sangat kotor dan jijik. Tidak hairanlah bila Pakar Strategik Sotong mendedahkan ada berlakunya kes rasuah wang dan perempuan.

Sebenarnya ia berlaku dimana-mana sektor dan kementerian. Walaupun kerajaan bertukar, jenayah ini tidak pernah bertukar.

Namun parti politik lebih suka mengunakan kaedah serangan cara ini untuk merampas kuasa kerajaan semasa. Akhirnya , walaupun kerajaan bertukar ....jenayah rasuah tidak pernah habis. Bahkan barter trade nya makin liar dan rakus.

Tidak hairan jika dulu dinegara Pasir Berdengung rumah urutnya cuma ada 500 buah meningkat dengan mendadak kepada 5000 buah apabila kerajaan sebelum itu dijatuhkan. Jika dulu kos memperbaiki pintu gerbang cuma RM100+++ , dalam masa empat tahun sudah menjadi RM9.7 juta.

Inilah sebenarnya wayang dan permainan ahli politik untuk terus menipu rakyat. Sebenarnya yang kalah itu pun tidaklah kalah, melainkan sudah dirancang untuk kalah. Cuma lakonon mereka sahaja seperti berjuang untuk menang.

Kalah dan menang antara ahli politik di negara Pasir berdengung ini cuma wayang. Politikus bermain politik semata-mata untuk meraih keuntungan dan laba dunia.

Hari ini pengikut dari parti Mata Lebab dan Kopi cap O sedar bahawa mereka cuma alat untuk pemimpin mereka meraih kekayaan. Fitnah dan tohmahan adalah komoditi yang dijual kepada rakyat untuk mendapat undi bagi kedudukan mereka.

Jika rakyat betul-betul berfikir, mana mungkin orang yang menfitnah, orang yang mencaci, orang yang memburukan orang lain itu adalah manusia yang baik....melainkan dia pun serupa atau lebih buruk.