Sunday, June 5, 2016

KTMB USAHA BAIK PULIH JAMBATAN KEMUBU



 Kerja membaik pulih jambatan keretapi Di Kemubu yang rosak teruk dilanda banjir pada akhir tahun lepas hari ini telah dimulakan oleh Keretapi Tanah Melayu (KTMB). Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan memantau proses baik pulih laluan kereta api Pantai Timur yang dilakukan oleh KTMB secara berperingkat manakala pembukaan semula akan dibuat mengikut fasa. 

Projek baik pulih ini dibahagikan kepada lima fasa yang melibatkan pemasangan semula kerangka jambatan seberat 112 tan yang merentasi Sungai Galas dianggarkan benilai lebih kurang RM17.5 juta. 

Pada 1 dan 2 jun lepas, Pengerusi SPAD YBhg Tan Sri Dato Seri Dr. Syed Hamid Albar bersama En Mohd Azharuddin Mat Sah, Ketua Pegawai Eksekutif berserta dengan beberapa pengurusan SPAD mengadakan lawatan kerja ke laluan KTM pantai timur sehingga ke jambatan Kemubu. 

Syed Hamid memuji komitmen bersungguh-sungguh yang  dilakukan oelh KTMB bagi membaik pulih jambatan yang menjadi laluan kereta api Gua Musang - Kemubu, Kelantan yang musnah akibat bencana banjir Disember 2004.

Menurutnya kemajuan gerak kerja yang dilakukan menunjukkan kecekapan jurutera dan  seluruh tenaga kerja menyelesaikan kerja dengan penuh efisyen, mengikut prosedur operasi standard (SOP).

Presiden KTMB, YBhg Leftenan Kolonel (B) Dato' Haji Sarbini Tijan berkata, kerja baik pulih jambatan ini mungkin akan mengambil masa 15 bulan untuk disiapkan sepenuhnya. Dan boleh jadi akan menjadi lebih jika diambil kira musim hujan. Menurut beliau lagi, projek membaik pulih jambatan ini bagi memberi kemudahan kepada orang ramai dann keselesaan kepada masyarakat yang sering mengunakan perkhidmatan keretapi. Selain landasan keretapi api, laluan pejalan kaki dan motorsikal turut disediakan bagi kemudahan penduduk ulang alik dari Kampung Kemubu ke Kampung Bertam.

Banjir besar yang melanda Kelantan pada 2014 telah menyebabkan kerosakkan teruk kepada Jambatan Kemubu. Kejadian ini menyebabkan perkhimatan keretapi dihentikan serta merta pad  26 Disember 2014 atas dasar keselamatan. 




No comments:

Post a Comment