Saturday, May 7, 2016

SPAD AKAN MENJALANKAN SIASATAN MENGENAI INSIDEN KEMALANGAN TREN KTMB DI KUALA KUBU BHARU

UNTUK SIARAN SEGERA:

SPAD AKAN MENJALANKAN SIASATAN MENGENAI INSIDEN KEMALANGAN TREN KTMB DI KUALA KUBU BHARU

7 Mei 2016, Kuala Lumpur - Satu insiden kemalangan telah berlaku di km 322.00 berdekatan Stesen Kuala Kubu Bharu jam 1.45 petang tadi. Berikutan insiden ini, tiga orang penumpang mengalami kecederaan ringan dan telah diberi rawatan.  Kesemua penumpang yang selamat telah dipindahkan oleh KTMB melalui bas perantara yang disediakan untuk menyambung perjalanan masing masing.

SPAD memandang serius kemalangan ini dan akan menjalankan siasatan terperinci dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya setelah siasatan selesai kelak.

Buat masa ini, KTMB sedang berusaha untuk membuka semula landasan dengan kadar segera. Pengumuman pembukaan semula akan dibuat oleh pihak KTMB. Untuk maklumat lanjut mengenai pembukaan perkhidmatan, para pengguna dinasihatkan merujuk kepada www.ktmb.com.my atau menghubungi talian KTMB di 03-2267 1200.