Sunday, May 1, 2016

JAGUH badminton perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei.
KUALA LUMPUR: Jaguh badminton perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei menewaskan musuh ketatnya, Lin
Dan 22-20, 15-21, 21-4 untuk mara ke final Kejohanan Badminton Asia (ABC) di Wuhan, China, sebentar tadi. Kedua-dua jaguh dunia itu membuat perhitungan dalam aksi separuh akhir di Pusat Sukan Gimnasium
Wuhan dengan permainan tiga set. Chong Wei, 34, tampil dengan tahap keyakinan luar biasa terutama di set ketiga di depan penyokong Lin Dan. Kemenangan itu adalah yang kedua berturut-turut buat Chong Wei
selepas dia menewaskan Lin Dan yang juga juara dunia lima kali pada Terbuka China, November tahun lalu – pertemuan terakhir kedua-dua jaguh dunia itu sebelum perlawanan itu. Bagaimanapun, kejayaan itu tidak
boleh dijadikan pengukur mengenai peluang Chong Wei memenangi pingat emas Olimpik Rio, Ogos depan memandangkan perjalanan masih panjang dan Lin Dan yang turut diletakkan sebagai pilihan pada temasya itu nanti sentiasa sukar untuk diramal. Apa pun, ia sedikit sebanyak meningkatkan tahap keyakinan Chong
Wei yang juga pemain nombor dua dunia dalam persiapan memburu emas di bumi Rio de Janeiro, Brazil.
Chong Wei akan berdepan satu lagi tugas mencabar apabila bertemu pemain nombor satu dunia, Chen Long
dari China pada aksi final, esok. Chen Long mara selepas menewaskan rakan senegara, Tian Houwei 21-14, 21-16.

No comments:

Post a Comment