Penyeludupan manusia semakin berleluasa di Malaysia. Apa yang malang dalang yang membuat kerja onar ini adalah orang yang diberi kepercayaan dan tanggungjawab menjaganya.
Semalam dua pegawai imigresen ditahan selepas didapati mereka terlibat dalam sindiket penyeludupan manusia mengunakan pasport Malaysia palsu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, dua pegawai tersebut adalah antara enam individu warga negara Malaysia yang terlibat dalam komplot ini bersama 10 individu dari Sri Langka dan 3 warga India.
Pecahan mereka yang ditahan terdiri daripada :
-6 orang ejen,
-3 runner ,
-2 fasilitator,
-5 pendatang dari Sri Langka.
Memang bukan calang-calang orang dalam sindiket penyeludupan manusia ini. Mereka disyaki teribat dalam aktiviti penyeludupan warga Sri Langka menggunakan pasport palsu negara ini untuk tujuan perjalanan ke Geneva, Switzerland.
Tahniah #PDRM kerana berjaya membongkar sindiket penyeludupan manusia ini. Kepada mereka yang menjadi duri dalam daging kepada perkhidmatan imigresen, hukuman yang berat wajar dikenakan agar menjadi pengajaran kepada yang lain.
Sumber : Friends of Kedaulatan
No comments:
Post a Comment