Semakin hari semakin maju dan efisyen sistem pengankutan awam di negara kita. Jangan tergejut pengangkutan awam kita sekarang sudah pun beralih mengunakan bahan api fosil.
Sebenarnya ramai lagi yang tidak menyedari kehadiran lapan buah bas elektrik, Bus Rapid Transit (BRT) di Sunway.
Menurut jurucakap Prasarana Malaysia Bhd, bas ini akan ditambah lagi apabila Projek Lanjutan LRT Kelana Jaya Line bermula pada bulan Jun ini. Apa yang menarik bas ini dapat menampung lebih ramai penumpang dari bas biasa iaitu mencapai sehingga 67 penumpang.bas elektrik ini dikatakan boleh membuat 23 perjalanan sehari dan Prasarana menganggarkan penjimatan sebanyak 50% berbanding dengan bas diesel.
Bas ini bila sudah habis perkhidmatannya akan kembali ke depot untuk dicaj kembali untuk penggunaan keseokkannya. Memang menarik dan menjimatkan. Disegi keluasan, bas ini menyediakan ruang tempat duduk khas untuk orang kelainan upaya. Ia kelihatan amat mesra pengguna.
Susun atur kerusi dalam bas itu pun agak menarik, kelihatan seperti dalam Komuter dan LRT, alah tak banyak beza sangat. Termasuklah dengan paparan LCD yang ada dalam bas tersebut. Ada dua set tv diruang tempat duduk penumpang dan satu lagi berupa paparan maklumat laluan dan ruang iklan.
Salah seorang mekanik di depot tersebut berkata, reka bentuk bas elektrik ini bukan sahaja memudahkan pengguna tapi juga banyak memudahkan kerja mereka disamping mengekalkan kebersihan di kawasan depot tersebut kerana bas ini tidak memerlukan minyak enjin ditukar. Jangkan hayat baterinya pun lama, iaitu lebih kurang tujuh tahun boleh bertahan.
Buat masa ini tammbangnya masih belum diputuskan lagi. Bas ini akan berlegar-legar antara Putrajaya Sentral dan kompleks pejabat kerajaan. Perkhidmatan bas ini akan ditambah lagi dimasa hadapan. Ketua Pegawai korporat Syarikat Pengangkutan Awam Putrajaya Sdn Bhd, Madzlan Abdul Manaf berkata, mereka merancang untuk menambah sembilan lagi bas tersebut dimasa akan datang.
Menurutnya lagi bas ini hanya mengambil masa sepuluh minit untuk mengecas semula, dan setiap kali selepas cas bas ini boleh bergerak sejauh 80km perjalanan. Sebenarnya bas ini boleh bergerak sejauh 168km ke 180km sehari jika bateri dicas penuh selama dua jam.
Secara amnya, bas elektrik BRT rapidKL ini sebenarnya telah memberi kemudahan yang kepada orang awam di sekitar Sunway untuk mereka bergerak dengan mudah di sekitar Sunway Lagoon, USJ dan Putrajaya.
No comments:
Post a Comment