Sunday, May 12, 2013

Peribadi Dan Akhlak Rasulallah S A W ..



 

  1. Baginda berdoa dengan penuh khusyuk dan airmatanya sentiasa berlinangan.

  2. Wajahnya sentiasa ceria yang menyejukkan mata memandangnya.

  3. Sangat elok dan sempurna wajahnya.

  4. Baginda memilik perasaan yang halus.

  5. Beliau mengambil wudhu' sebelum tidur dan berzikir hingga lena.

  6. Suka makan beramai ramai daripada berseorangan.

  7. Bencikan kemegahan dan perhiasan yang cantik melambangkan kesombongan dan kemegahan.

  8. Beliau makan setelah lapar dan berhenti sebelum kenyang.

  9. Tidak pernah mengumpat.. mencerca atau menghina orang lain.

  10. Baginda memelihara rambutnya dengan kemas.

  11. Baginda memakai serban di atas kopiahnya.

  12. Suka membalas hadiah.

  13. Baginda mengucapkan salam kepada ahli rumah ketika hendak keluar atau masuk.

  14. Baginda sangat berlemah lembut dengan isterinya dan ahli keluarganya.

  15. Sentiasa memulakan salam kepada sesiapa yang ditemuinya.

  16. Baginda bersalaman dengan sahabatnya dan memeluk mereka ketika berjumpa.

  17. Ketika berjabat tangan ia tidak melepaskan tangannya sehinggalah orang dijabatnya itu melepaskan tangannya.

  18. Apabila melepasi kumpulan kanak kanak.. baginda mengangkat tangannya tanda hormat kepada mereka.

  19. Tidak menatap atau merenung wajah orang lain lama lama.

  20. Sangat menghormati orang orang tua dan mengasihani orang orang muda dan kanak kanak.

  21. Tidak bangun dari sesuatu majlis makan sehingga tetamu lain bangun.

  22. Tidak pernah menjulurkan kakinya di depan para sahabat.

  23. Baginda suka bercakap lambat lambat dan menyebut perkataan dengan jelas.

  24. Sentiasa menumpukan perhatian kepada orang yang bercakap dengannya.

  25. Tidak pernah ketawa terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum lembut.

  26. Sangat fasih dan manis dalam tutur bicara.

  27. Tersangat sabar dan tabah bila menghadapi setiap cabaran dan kesusahan.
  28. Amat kasih terhadap umatnya.

  29. Tidak pernah mengambil rezeki kurnian Allah melebihi keperluan makan minumnya.

  30. Rezeki yang melebihi keperluan akan ditaburkan untuk jihad Fisabilillah.

  31. Sentiasa membantu orang lain walaupun ia sendiri dalam kesusahan.

  32. Tidak pernah menghina orang miskin dan tidak rasa terhina bergaul dengan mereka.

  33. Suka menziarahi orang sakit.

  34. Amat pemurah hingga digambarkan seperti angin lalu pemurahnya.

  35. Baginda tidak suka tidur di bilik gelap dan di bawah bumbung yang terbuka dan tidak beratap.

  36. Tangannya tidak pernah menyentuh kulit wanita ajnabi.

  37. Bersikap tegas ..pemaaf dan pengasih dalam perjuangan.

 Ingat lah cintailah Rasulullah saw kerana baginda sangat cinta pada kita.. yang tidak pernah berjumpa dengan baginda tetapi megamalkan sunnahnya...

No comments:

Post a Comment