Monday, April 11, 2016

Sarawak bangunkan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM)




Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui Jabatan Pertanian Sarawak akan membangunkan enam lagi Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di Sarawak secara berperingkat bermula tahun ini sehingga 2018. Antara kawasan yang telah dikenal pasti termasuklah di Bau, Betong, Limbang dan Tanjung Manis.

Sehingga kini, 75 TKPM dilaksanakan di seluruh negara yang melibatkan 1,200 peserta, dengan masing-masing peserta diperuntukkan tanah seluas empat hingga lima hektar untuk mengusahakan tanaman seperti sayuran, jagung, pisang dan jambu batu.

#RakyatDidahulukan