Thursday, March 17, 2016

PELUANG PEKERJAAN UNTUK RAKYAT MALAYSIA, JANGAN LEPASKAN PELUANG.




Atas desakan rakyat agar menghantar pulang PATI yang bekerja secara haram, kerajaan telah melancarkan memburu dan menangkap PATI.

Semalam Medan selera pusat membeli belah IOI City Mall digejutkan dengan serbuan menangkap PATI oleh pasukan Imigresen.

200 PATI dari 500 warga asing ditangkap dengan kesemua mereka adalah pekerja-pekerja restoran di pasaraya tersebut.

Medan selera dikatakan bakal lumpuh kerana hampir separuh pekerja PATI ditangkap. Ini memberi peluang kepada rakyat tempatan yang sedang mencari kerja untuk mengantikan tempat mereka.

Antara warga yang ditangkap adalah terdiri dari warga Indonesia, Myanmar dan Bangladesh. Kebanyakan kesalahan yang didapati ialah menyalahgunakan pas lawatan sosial, tiada dokumen yang sah dan permit TAMAT tempoh.

Kesemua mereka akan dihantar ke Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil bagi tujuan siasatan dan bakal diusir ke negara masing-masing.

Pihak Imigresen telah memeriksa sebanyak 42,605 warga asing dalam 2418 operasi Penguatkuasaan Imigresen di seluruh negara.

Sebanyak 12,473 termasuk 276 majikan dan dua agen telah ditahan untuk tindakan.

Rakyat  Malaysia yang sedang mencari pekerjaan jangan lepaskan peluang. Ada 200 kekosongan yang boleh diisi oleh mereka yang berminat menghentikan tempat PATI tersebut.

No comments:

Post a Comment