Monday, March 28, 2016

DEMI SEBUAH KEBENARAN: PEMUDA SELEMPANG MERAH MENANGKIS PERSEPSI BURUK TERHADAP McDONALD's



Walau pelbagai fakta dan bukti dibentangkan, serta segala penjelasan telah diberikan masih ada lagi segelintir rakyat Malaysia yang menjadi mangsa kerakusan fitnah di media sosial. Jelas sekali pengetahuan yang mereka perolehi di laman sensawang tidak mampu membentuk kewarasan akal dan budi pekerti yang mulia. 


Telah berulang kali dijelaskan bahawa McDonald's Malaysia tidak pernah ada kaitan dengan negara Israel apatah lagi hendak memberi dana bantuan kepada militari Israel untuk menyerang RAKYAT PALESTIN. Ini satu fitnah yang dirancang untuk merosakkan reputasi rangkaian restoran McDonald's diseluruh Malaysia dan dunia.


Kenyataan ini sebenarnya telah disokong oleh JAKIM dan kerajaan Malaysia. Namun kebencian yang melampau masyarakat Malaysia terutama umat Islam kepada Israel telah membutakan mata hati mereka untuk menerima fakta dan kebenaran. Ternyata sentimen keagamaan telah berjaya dimanipulasikan oleh beberapa individu dalam usaha mereka memberi takanan kepada Israel. 


Malang sekali, usaha mereka itu sebenarnya langsung tidak memberi kesan kepada Regim Israel kerana memang tidak ada hubungkait langsung McDonald's dengan negara tersebut. Apa yang lebih mengecewakan ialah rangkaian restoran McDonald's yang terdapat diseluruh negara terjejas. Tahukan mereka bahawa hampir 90 peratus pemilik rangkaian restoran McDonald's adalah hak milik orang Melayu Islam ? 


Berapa kali hendak dijelaskan, McDonald's ini bukan milik orang berbangsa Yahudi. Sensitif sangat orang Melayu kita bila sebut Yahudi. McDonald's ini syarikat milik awam. McDonald's adalah sebuah syarikat pegangan awam (Public Traded Company atau PTC). Syarikat McDonald's ini disenaraikan dalam Bursa Saham New York bukannya bursa saham Israel. Bukan sedikit pemegang sahamnya, ada lebih 1.8 juta orang pemegang saham. 


Ini bermaksud ada pelbagai bangsa, keturunan, kepercayaan dan ideologi politik dikalangan pemegang saham McDonald's. Tetapi itu tidak mencerminkan pendirian polisi McDonald's. Bahkan setiap individu pemegang saham McDonald's ini tidak dibenarkan memiliki lebih 10 peratus saham McDonald's. Bermakna tidak ada sesiapa boleh mendakwa McDonald's adalah haknya.  


Saya lebih gemar untuk memberi pemahaman dalam bahasa yang mudah agar segenap lapisan masyarakat mudah memahami maksud yang ingin disampaikan. Sesuatu yang perlu anda tahu tentang  Polisi McDonald's ialah syarikat ini tidak akan mencampuri urusan, terlibat  dengan konflik politik dan keagamaan diseluruh dunia. Jadi tidak ada logiknya istilah "satu ringgit untuk McDonald's adalah bersamaan satu peluru untuk rakyat Palestin." Itu semua propaganda untuk menimbulkan kebencian masyarakat kepada McDonlad's.


Fikirlah dari segi logik akal, tak mungkinlah negara sekaya Israel itu memerlukan dana dari syarikat makanan segera ? Padahal dana itu disumbangkan oleh pekerja-pekerja McDonald's untuk NGO-NGO yang berkaitan dengan kebajikan, pelajaran dan kesihatan samada kanak-kanak , orang tua dan orang kurang upaya. 


Ada banyak NGO yang mendapat sumbangan dari McDonald's antaranya termasuklah NGO Islam, kristian , Yahudi dan pelbagai lagi jenis NGO yang menerima sumbangan tersebut. Ini tidak bermaksud McDonald's terlibat dengan program yang mereka jalankan. Namun begitu NGO-NGO ini perlu mematuhi kreteria dan syarat seperti yang disebutkan diatas tadi.


Jika diselusuri sejarah sekalipun jelas sekali penubuhan negara Israel bermula pada tahun 1948, sedangkan McDonald's diasaskan oleh dua orang adik beradik Dick dan Mac McDonald's pada tahun 1940. Dari sejarah ini pun kita susah hendak mengaitkan kedua-duanya, apatah lagi ada yang menyatakan McDonald's membayar loyalty fee atau dana kepada Israel.  Memang langsung tidak ada kaitan dan sangat menyeleweng. 


Apa yang saya ingin sampaikan kepada rakyat Malaysia, datanglah bawa keluarga anda makan di restoran McDonald's tanpa ada rasa ragu-ragu dan bimbang. Kerana makanannya HALAL, BERSIH, BERMUTU dan BERKHASIAT.  Antara menu kegemaran saya jika bertandang ke sana ialah Bubur ayam McD dan Beef Samurai Junior burger, memang best ! 

Jangan risau anda tidak menyumbang kepada Israel melainkan kepada ekonomi negara. Jom ke McDonald's !















No comments:

Post a Comment