Belum habis dengan kisah peneroka Felda yang tersirna dengan pesona imbuhan bauksit, timbul pula kisah di Felda Gedangsa yang tanah mereka dipinang dengan harga RM1 juta.
Fuhhhh...!!! Saya yang menulis ini pun terasa macam "gelap Mata" memikirkan wang sebanyak itu ditawarkan.
Ingatlah! Penipu tidak pernah pupus didunia ini sepertimana pupusnya dinasour di muka bumi ini.
Kononnya, ada dua tiga pemaju yang ingin membeli tanah peneroka dengan dengan Wang tunai sebagai balasan.
Dikhabarkan, ketika perjumpaan tersebut pemaju menawarkan sejumlah wang yang lumayan untuk mengabui mata peneroka.
Namun salah seorang anak peneroka meminta jaminan dari pemaju. Jika benar mereka ingin membeli tanah tersebut mereka sewajarnya membawa seorang Peguam sebagai jaminan bahawa penerima tidak akan ditipu.
Setelah berdolak dalik dengan pelbagai alasan, akhirnya pemaju gagal memperdayakan peneroka Felda dari menjadi mangsa penipuan jutawan segera.
Menurut salah seorang isteri peneroka disini, Saadiah Kabri 78 kisah ini pernah berlaku ketika arwah suaminya masih hidup.
Menurutnya, suaminya begitu bersungguh-sungguh ingin menjual kepada pemaju. Jika tidak kerana penentangannya dulu sudah tentu tanah ini telah terlepas dari tangan mereka.
Apatah lagi ketika itu tiada jaminan hitam putih antara mereka dengan pemaju bahawa mereka akan menerima RM1 juta.
Syukurlah, tidak ada peneroka yang terpengaruh dengan tawaran lumayan pemaju yang belum tentu benarnya.
Pemuda Selempang Merah ingin menasihati agar peneroka Felda sentiasa berhati-hati dengan mereka yang datang menawarkan wang yang lumayan untuk membeli tanah. Ketahuilah bahawa tanah peneroka lebih bernilai beribu kali ganda dari nilai yang mereka tawarkan.
Jika tidak, kenapa mereka berani tawarkan jumlah yang begitu besar? Tak mungkin mereka nak rugi !
No comments:
Post a Comment