Tuesday, December 22, 2015

FELDA MASIH BERUSAHA MILIKI EHP




Perancangan Felda dalam usaha untuk memiliki 37 peratus kepentingan dalam PT Eagle High Plantation (EHP) masih lagi belum berakhir. Usaha itu diteruskan melalui perjanjian yang telah disusun semula.

Ini berikutan keputusan Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) menangguhkan cadangan pembelian EHP  pada November lalu telah  memberi laluan kepada Felda Investment Corporation (FIC) memulakan rundingan dengan PT Rajawali Group dalam usaha memiliki 37 peratus saham EHP yang bernilai RM2.55 bilion. 

Justeru itu, Felda melalui sayap pelaburannya Felda Investment Corporation  (FIC)  akan membuat keputusan berkenaan pembelian EHP itu selewat-lewatnya Mac 2016.

Sudah tentu keputusan ini dibuat demi memelihara kepentingan dan kebaikan Felda keseluruhannya dimasa akan datang.

Oleh itu, walaupun keputusan ini bakal diputuskan oleh lembaga pengarah, namun masih ada pertimbangan tertentu yang perlu diambil kira sebelum ianya dimuktamadkan.

Perlu diketahui bahawa perundingan ini masih lagi di peringkat awal, belum ada apa-apa lagi keputusan bagaimana bentuk pembayaran untuk memiliki 37 peratus saham dalam EHP.

Ini merupakan langkah awal FIC dalam sektor perladangan yang mana sebelum ini diuruskan oleh FGV.

Bagi pihak PT Rajawali Group, Pengarah Urusannya Darjoto Setyawan berkata, syarikat tersebut sedang mengkaji dan berbincang bagi memuktamadkan harga pembelian bagi perjanjian yang terbaru ini.

Saya bagi pihak Pemuda Selempang Merah yakin bahawa Felda akan membuat keputusan yang bakal memberi manfaat kepada rakyat amnya dan warga Felda khasnya.