Wednesday, November 4, 2015

PM SELAMATKAN HAK RAKYAT



Sepanjang pemerintahan 22 tahun Tun Dr Mahathir Mohamed, Penyedia Tenaga IPP adalah terletak didalam tangan beliau sendiri dimana segala keputusan harus dibentangkan kepada beliau terlebih dahulu sebelum sebarang perlaksanaan dilakukan.
Hari ini, dengan kewujudan 1MDB, hak mutlak IPP yang selama ini dikuasai oleh kroni-kroni Tun M dilihat semakin terhakis.
Tambahan pula segala penyedia tenaga kini dihimpunkan dibawah satu bumbung dan dikawal sepenuhnya oleh kerajaan-satu tindakan yang merugikan kroni-kroni beliau.
Inilah diantara punca kenapa Tun M menyerang kepimpinan hari ini dan cuba menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak selaku Perdana Menteri dan 1MDB selaku syarikat pelaburan yang dimiliki oleh kerajaan.
Terkini, kroni terbesar Tun M, YTL dilaporkan bakal mengalami kemerosotan pendapatan akibat daripada tindakan kerajaan yang enggan lagi menyambung kontrak IPP yang telah tamat pada bulan Ogos yang lalu.
Sebenarnya legasi Penyedia Tenaga Bebas (IPP) Tun M telah berkubur. Perjanjian Power Purchase Agreement (PPA) bersama YTL berusia 21 tahun ditamatkan pada 30hb September yang lalu.
Dan orang yang bertanggungjawab menamatkan perjanjian yang tidak adil kepada TNB itu adalah Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, individu yang cuba digulingkan oleh Tun M.
Kenapa perjanjian ini dikatakan paling kejam? Ini kerana TNB dipaksa membeli “tenaga” dengan harga paling mahal daripada YTL yang menyebabkan tarif elektrik di Malaysia menjadi mahal dan membebankan rakyat. Ini bermakna YTL selepas ini tidak akan memiliki sebarang IPP lagi di Malaysia.
Sebelum ini, YTL pernah menyatakan dalam satu majlis forum dengan angkuh menyatakan kejayaan YTL hari ini adalah kerana ia tidak pernah mendapat projek dari kerajaan. Semuanya diperolehi melalui merit dan bidaan di luar negara.
Kini nampaknya tembelang mereka telah pecah dan mereka menelan semula keangkuhan mereka sendiri.
YTL yang merupakan kroni utama Tun M semasa dia jadi Perdana Menteri didapati telah melakukan penipuan besar tehadap rakyat Malaysia. Apakah IPP ini bukan projek kerajaan? Bagaimana dengan keretapi laju ERL dari KLIA ke KL Central? Apakah projek Bestari.net yg melibatkan kos hampir RM1 Bilion itu juga bukan projek kerajaan?
Sekarang terbukti, projek Bestari.net gagal terutama untuk sekolah di kawasan luar bandar.
Semua pihak mengkritik perjanjian (PPA) IPP YTL sebagai paling tidak adil dalam sejarah dunia. Tun M membenarkan syarikat YTL yang dikuasai oleh taikun perniagaan kaum Cina mengaut “wang percuma” selama 21 tahun.
Justeru, ribuan terima kasih diucapkan kepada Datuk Seri Mohd Najib kerana berjaya menamatkan kerakusan YTL terhadap TNB dan rakyat. Semua ini berlaku melalui 1MDB yg membeli beberapa IPP tersebut.
Untuk makluman, dalam perjanjian PPA tersebut TNB dipaksa membeli “tenaga” dari IPP YTL sama ada TNB perlu atau tidak tenaga tersebut atau jika TNB sudah pun mempunyai “lebihan” tenaga. Ini adalah “perintah” mandatori dari Tun M sewaktu beliau berkuasa.
Atas sebab itu perjanjian PPA ciptaan Tun M itu dianggap paling kejam di dunia.
Paling kejam sekali adalah di dalam PPA tersebut ada klausa yang mengatakan YTL dijamin dengan kadar harga minyak yang tetap dan tidak berubah. Bermakna, jika berlaku kenaikan harga petrol, TNB wajib bayar pampasan kepada YTL. Adakah ini dikategorikan sebagai tidak kejam?
Allahyarham Tan Sri Ani Arope pernah mendedahkan perjanjian kejam ini kepada khalayak. Beliau dilaporkan dipecat oleh Tun M daripada jawatan beliau selaku CEO TNB pada tahun 1996. Dalam pendedahan beliau, kos sebenar TNB untuk mengeluarkan “tenaga” ialah 8 sen sahaja. Tetapi EPU melalui Tun M memaksa TNB untuk bayar kepada YTL sebanyak RM23 sen.
Akibatnya beliau bersemuka dengan Tun M dan pernah menyatakan “Sir, your Economic Planning Unit (EPU) sekarang sudah bertukar kepada Economic Plundering Unit. So i will not signing it”.
Inilah yang dikatakan menjadi punca utama kepada pemecatan Allahyarham Tan Sri Ani Arope selaku CEO TNB pada tahun berkenaan.
Berapakah keuntungan yang dijana oleh YTL setelah “memeras” rakyat menerusi bantuan Tun M? Dianggarkan YTL mencatatkan keuntungan sebanyak RM 1 Bilion setahun untuk selama 19 tahun sepanjang memegang lesen penyediaan tenaga ini.
Apakah Tun M buta terhadap perkara ini?
Kini, Datuk Seri Mohd Najib tidak lagi mahu menyambung lesen YTL Energy. Adalah amat menyedihkan kerana Allahyarham Tan Sri Ani Arope yang begitu berani menyanggah pendapat Tun M pada ketika itu tidak sempat melihat kezaliman IPP YTL Energy ciptaan Tun M telah berkubur selamanya. Allahyarham Tan Sri Ani Arope telah meninggal dunia pada bulan Disember 2014.
Oleh kerana itu, bukan Datuk Seri Mohd Najib yang mesti digulingkan tetapi Tun M yang mesti bermuhasabah bahawa dia bukan manusia maksum yang semuanya mesti dipercayai dan diikuti.
Adakah Tun M berani menyanggah perkara ini?
Seperti biasa, Tun M tidak akan berani menyentuh walau satu pun dasar yang pernah beliau buat sebelum ini kerana bagi beliau, semua itu sudah lama berlalu.
Selama hampir 20 tahun, Allahyarham Tan Sri Ani Arope membawa duka kutukan orang ramai diatas kenaikan tarif elektrik yang beliau sendiri tidak mampu kawal. Kini beliau telah pergi dengan membawa dosa-dosa Tun M bersamanya dan sekaligus menyelamatkan lagi imej Tun M di mata pentaksubnya.

SUMBER
Sumber: pru14.tv

No comments:

Post a Comment