Thursday, November 26, 2015

LIOW KETUAI DELEGASI IMO DI LONDON



Kerajaan telah memutuskan untuk menghantar delegasi Malaysia ke Perhimpunan Agung Maritim Antarabangsa (IMO) di London yang akan diketuai oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang telah bermula sejak isnin lalu  hingga 2 Disember ini. 

Perhimpunan dwitahunan itu akan disertai oleh menteri pengangkutan dan pegawai kanan maritim dari negara anggota IMO. IMO yang terdiri dari 171 negara anggota dan tiga negara anggota bersekutu akan membuat pemilihan 40 anggota majlis bagi penggal 2016- 2017 semasa perhimpunan agung kali ini

IMO adalah sebuah agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang ditubuhkan sejak 1948 lagi yang mana Malaysia telah menyertainya pada 1971. IMO ditubuhkan bagi membangun dan mendokong rangka kerja awal bagi menyelia secara komprehensif untuk perkapalan. Antara bidang kuasanya termasuklah isu keselamatan, kesedaran hal ehwal alam sekitar dan undang-undang, kerjasama teknikal, keselamatan maritim dan pekapalan. 

Malaysia sebagai sebuah negara Maritim yang terletak di pusat Asia yang berada ditengah-tengah dua laluan terpenting dunia iaitu Selat Melaka dan Laut China Selatan perlu memainkan peranan yang penting kepada pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara. 


Jika dahulu perlabuhan di negara kita dilihat agak ketinggalan berbanding dengan negara jiran, namun hari ini kita telah bejaya memiliki pelabuhan yang besar dan mampu mengendalikan jumlah kontena setanding dengan negara maju.

Negara kita boleh melakukan sesuatu kerana sebahagian besar perdagangan antarabangsa Malaysia merentasi lautan keseluruh pelosok  destinasi dunia. Negara kita juga pernah dijemput ke luar negara untuk berkongsi pengalaman pengurusan pelabuhan. Bagi saya itu sudah cukup membuktikan negara kita sebagai sebuah negara maritim. 


Dalam pada itu saya berharap untuk penggal 2016 ~ 2017  Malaysia  terus dipilih mengekalkan kerusi IMO yang berjaya dimenangi pada 2014 ~ 2015. Sebelum ini Malaysia telah berjaya memperolehi sebanyak 125 undi daripada 170 ahli bagi kategori C untuk penggal 2014 - 2015.


Kejayaan itu merupakan pencapaian dan pengiktirafan yang amat membanggakan terhadap negara sekaligus mencerminkan kegemilangan Malaysia dalam memainkan peranan bagi sektor maritim dunia.






No comments:

Post a Comment