Sunday, October 25, 2015

SEBUAH JANJI INDAH DI TOL SUNGAI NYIOR PULAU PINANG


Sudah sekian lama kita menasihati rakyat agar jangan percaya pada janji-janji pembangkang terutama DAP dan PKR. Mereka ini memang sudah terkenal dengan menipu, memutar belit dan menawarkan janji-janji kosong. 

Lihatlah apa yang jadi di Pulau Pinang dan Selangor. Kononnya akan mengurangkan beban kos sara hidup rakyat, tapi mereka menaikan bermacam-macam jenis cukai yang tak munasabah. Bahkan cukai katil pun diperkenalkan. Orang nak tidur pun kena cukai. Itulah betapa gilanya kerajaan pimpinan DAP ini. 

Jadi usahlah percaya andai mereka berjanji hendak memberikan segalanya percuma dalam hidup kita. Sehingga kini tidak ada lagi pendidikan percuma di negeri Pulau Pinang dan negeri Selangor. Bahkan untuk membantu rakyat di negeri mereka perintah pun mereka tidak laksanakan. 

Pernah dalam satu ucapan Lim Guan Eng  semasa merasmikan Perhimpunan Tahunan DAP Perak, beliau telah menjanjikan sekiranya Pakatan Harapan dapat merampas Kerajaan Persekutuan, beliau akan memansuhkan GST dan juga tol. Makna kata tol free lah tu. Inilah janji terbaru seorang pembohong di abad ini. 

Apakah dia lupa dia pernah berjanji, andaikata Pakatan Rakyat berjaya merampas Pulau Pinang dia akan menghapuskan tol Sungai Nyior. Hari ini tol Sungai Nyior bukan saja tidak dimansuhkan, bahkan dinaikan dari RM0.50sen kepada RM1.20sen. Gila-gila punya naik. 

Ini yang menyebabkan Ketua Biro Komuniksi MCA Bagan, Kwan Tee Yong "naik darah" dengan Lim Guan Eng. Sudahlah tol tidak dimansuhkan, bahkan dinaikan 140%. Lim Guan Eng bukan sahaja menipu pengundi di Pulau Pinang bahkan seluruh rakyat Malaysia yang menunggu perubahan positif yang dijanjikan oleh parti DAP. 

Kononnya pada pru 12 dulu Lim Guan Eng berjanji akan akan memohon kerajaan persekutuan bagi memansuhkan kutipan tol Sungai Nyior dalam tempoh 5 tahun akan datang. Sebaliknya kerajaan negeri tidak pernah sekali pun membawa perkara ini kepada kerajaan persekutuan.

Pekara ini disahkan sendiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya Utiliti Negeri Pulau Pinang setelah didesak oleh Khaw. 

Harap rakyat Pulau Pinang dapatlah menikmati kenaikan Tol baru Sungai Nyior. Hendak buat macam mana, itulah pemimpin yang anda pilih. Kata mak saya, sendiri makan pengat, sendiri mau ingatlah. 

No comments:

Post a Comment