Friday, October 2, 2015

MALAYSIA MENERIMA MASUK PELARIAN SYRIA

Surah 'Abasa dalam Al-Quran dimulakan dengan Allah SWT menegur Rasulullah SAW kerana Baginda memalingkan muka apabila dicelah oleh pengikut yang buta dan miskin ketika Baginda sedang berdakwah. Sekiranya kekasih Allah dan Rasul junjungan kita Muhammad SAW ditegur dalam Al-Quran, apakah balasan yang menanti kita umat Islam sekiranya kita memalingkan muka terhadap kesengsaraan saudara-saudara Muslim kita yang sedang menyelamatkan diri dari konflik di Syria? Nauzubillahiminzalik.

Disebabkan inilah, Malaysia telah menerima masuk ramai pendatang asing yang melarikan diri dari peperangan dan penganiayaan. Suka saya umumkan pada hari ini bahawa Malaysia akan turut sama memainkan peranan membantu masalah pelarian ketika ini dengan menerima masuk lebih 3,000 pelarian Syria dalam masa 3 tahun akan datang.