Monday, April 18, 2016

SITI NURAISYAH ANAK ANGKAT McDONALD's TERIMA BIASISWA




Alhamdulillah, syukur diatas kurniaan Allah. Adik Siti Nuraisyah Sahrin yang sepasang kakinya putus  digilis oleh sebuah lori di Parit 16, Sungai Panjang Januari lalu hari ini telah diambil oleh McDonald's sebagai anak angkat. 


Nuraisyah atau lebih mesra sebagai Ecah telah menerima biasiswa pembelajaran selama 5 tahun dari tingkatan satu hingga tingkatan lima  yang berjumlah RM5000 dari Persatuan Kebajikan Ronald McDonalds (RMHC) Malaysia. 



Sebagai menambah motivasi kepada Ecah, McDonald's juga telah sudi menyumbangkan wang tunai berjumlah RM2000. Tidak lupa juga buku rujukan dan ulangkaji bernilai RM300 serta baucer tunai McDonald's  yang berjumlah RM400 selama setahun. Ini merupakan satu tanggunjawab sosial yang McDonald's hulurkan kepada adik Ecah untuk membantunya terus bersekolah.



Wang tunai tersebut akan terus dimasukkan kedalam akaunnya manakala buku rujukan dan baucer tunai diserahkan dalam majlis meraikan kepulangannya  ke Sabak Bernam. Majlis menyambut kepulangannya itu telah dihadiri lebih 40 orang dari kalangan rakan sekolah,ahli keluarga, guru dan kakitangan McDonald's Sungai Besar. Bagi McDonald's majlis ini merupakan salah satu dari tanggungjawab sosial mereka. 


Ecah pun sudah kelihatan semakin sihat dan ceria. Semoga adik Ecah terus tabah dan bersemangat dalam menempuh hari-hari yang mendatang. Diharapkan majlis ini dapat memberikan dorongan dan semangat baru kepada Ecah terus bangkit dengan yakin untuk berhadapan dengan apa jua cabaran yang mendatang.



Ecah juga melahirkan rasa syukur dan terima kasihnya yang tidak terhingga terhadap sokongan moral yang diberikan oleh McDonald's Malaysia dan RMHC. Baginya sokongan moral ini amat bermakna buat dirinya dan menguatkan semangat untuknya terus mnaju kehadapan dan berjaya. "Nampaknya saya tidak bersendirian dalam menghadapi hari-hari mendatang". 



Sama-samalah kita rakyat Malaysia memberi sokongan moral untuk adik Ecah untuk terus maju dan bersemangat sehingga berjaya. Jangan lupa teruskan memberi sokongan kepada McDonald's dan RMHC agar sumbangan anda itu dapat memberikan senyuman kepada rakyat Malaysia.


Terima Kasih McDonald's.