Hati siapa yang tak marah melihat kebiadapan Samseng Petaling street biadap kepada orang Melayu. Insiden ini telah menyebabkan pergaduhan di Petaling Street.



 Datuk Seri najib Tun Razak berkata polis perlu menyiasat insiden kekecohan di hadapan pintu gerbang Jalan Petaling di sini yang berlaku di luar perhimpunan 'Baju Merah' di sini hari ini.

Perdana Menteri, bagaimanapun berkata perhimpunan yang dikenali sebagai himpunan rakyat bersatu di Padang Merbok di sini, berjalan secara aman.

"Saya dimaklumkan bahawa perhimpunan di KL berakhir secara aman kecuali insiden itu. PDRM (polis) perlu menyiasat," katanya dalam akaun Twitternya hari ini.

Ketika perhimpunan berjalan lancar di padang Merbok, sekumpulan peserta yang didakwa daripada perhimpunan itu dikatakan cuba merempuh kawasan perniagaan di Jalan Petaling sehingga pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa melepaskan tembakan meriam air bagi menyuraikan mereka.

Perdana Menteri, yang menyifatkan insiden kekecohan itu tidak sepatutnya berlaku, berkata semua peserta perlu mematuhi arahan daripada pihak berkuasa.

Penganjur perhimpunan, yang diketuai oleh Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka), bagaimanapun, tidak mahu berkait dengan kumpulan itu.

Perhimpunan itu dianjurkan sebagai reaksi terhadap perhimpunan Bersih 4 di kawasan sekitar Dataran Merdeka di sini pada 29 dan 30 Ogos lepas. - Bernama