Telah bermacam-macam kaedah yang kerajaan gunakan dalam usaha mengurangkan kemalangan maut di jalanraya. Namun hasilnya masih belum cukup memuaskan hati. Kebanyakan kemalangan jalanraya berpunca dari sikap pemandu itu sendiri yang tidak mamatuhi undang-undang. Antaranya memandu terlalu laju, memandu dengan bahaya, mengantuk, faktor cuaca dan lain-lain lagi.
Justeru itu Kementerian Pangankutan dalam usaha mengukur pencapaian peningkatan keselamatan jalan raya telah menetapkan elemen penurunan Indeks Kematian sebagai salah satu KPI pada tahun 2014. Sasaran telah ditetapkan kepada 2.88. Hasilnya indek kematian telah menurun dari 2.90 (2013) kepada 2.66 dan angka kematian telah menurun sebanyak 6,674 sedangkan kenderaan berdaftar telah meningkat sehingga 25,101,192.
Namun begitu ianya bukanlah satu angka yang memuaskan. Oleh itu kerajaan sentiasa memikirkan pelbagai kaedah bagi memastikan jalan raya menjadi tempat yang Selamat. Kementerian Pengangkutan sedang mengkaji satu kaedah iaitu memotong Mata dimerit walaupun telah membayar kompaun.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata sistem KEJARA Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalanraya digantung sementara perlaksanaannya adalah untuk dibuat kajian menyeluruh. KEJARA adalah sistem yang baik dan akan diteruskan setelah beberapa penambahbaikan yang sesuai dengan masa kini.
Menurut Datuk Seri Liow Tiong Lai, KEJARA akan segera dilaksanakan setelah kajian menyeluruh yang sedang dilaksanakan Jabatan Pengangkutan Pengangkutan Jalan (JPJ) selesai. Ianya akan diumumkan pada hujung tahun ini. Namun begitu ianya bukanlah satu angka yang memuaskan. Oleh itu kerajaan sentiasa memikirkan pelbagai kaedah bagi memastikan jalan raya menjadi tempat yang Selamat. Kementerian Pengangkutan sedang mengkaji satu kaedah iaitu memotong Mata dimerit walaupun telah membayar kompaun.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata sistem KEJARA Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalanraya digantung sementara perlaksanaannya adalah untuk dibuat kajian menyeluruh. KEJARA adalah sistem yang baik dan akan diteruskan setelah beberapa penambahbaikan yang sesuai dengan masa kini.
Sistem KEJARA yang dilaksanakan sebelum ini mengunakan kaedah setiap kesalahan akan ditolak setiap Mata, dan jika kompaun dibayar maka Mata demerit tidak akan dipotong. Jika begini ianya tidak akan memberi kesan kepada silap pemandu. Mereka sudah tentu tidak berubah sikap, dan sasaran kerajaan untuk mengurangkan angka kematian sukar dicapai.
"Saya berpandangan, bagi apa-apa kesalahan lalu lintas yang serius, ia perlu dipotong mata kesalahannya, kerana jika tidak pemandu akan beranggapan bahawa dengan membayar kompaun, kesalahan mereka tidak dikira dan markahnya tidak ditolak," Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Bercakap kepada pemberita dalam Program Kembara Kasih Merdeka JPJ bersama Skuad Muda 1JPJ sempena sambutan Hari Kebangsaan 2015 di kementeriannya beliau menambah, Sistem KEJARA sebelum ini yang dilaksanakan pada tahun 1984 digantung perlaksanaannya sementara kerana kerajaan ingin mengkaji semula secara menyeluruh keberkesanannya.
Mengikut sistem ini, lesen memandu akan digantung setelah pemiliknya melakukan kesalahan dan mengumpul 15 mata demerit. Setelah tiga kali digantung dan jika pemiliknya terus mengulangi kesalahan dengan mengumpul lebih daripada 15 mata demerit, maka lesen mereka akan dibatalkan.
No comments:
Post a Comment