Thursday, August 27, 2015

MCA SABAH BUAT SEDIKIT ROMBAKAN KEPIMPINAN



MCA telah bertapak di Sabah sejak 20 tahun yang lalu. Pelbagai cabaran dan cabaran, onak dan ranjau berduri telah dilalui oleh pemimpin-pemimpin MCA untuk terus kekal kukuh dan diterima oleh masyarakat Negeri Di Bawah Bayu ini.

Oleh itu, jentera perjuangan perlu diikatkan dengan kesetiaan dan kesepakatan agar ahli MCA terus bersatupadu. 

Demi mengukuhkan lagi perpaduan dikalangan angota parti MCA Sabah telah melakukan sedikit rombakan kecil kepimpinan parti. Rombakan ini telah menyaksikan Datuk Fancis Goh Fah telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi MCA Sabah bagi mengantikan Datuk Tang Liing Sing. Sebagai seorang yang cukup berpengalaman di Sabah Datuk Tang Liing Sing dilantik sebagai penasihat parti di negeri Sabah. 

Sebelum itu Tang telah mengosongkan jawatannya sebagai Timbalan Jawatankuasa Perhubungan MCA setelah dilantik oleh presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai sebagai Pembantu Khas beliau. 

Rombakan kecil ini telah diumumkan oleh Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong yang telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Sabah oleh presiden parti Datuk Seri Liow Tiong Lai pada 21 julai lepas. 

Mempengerusikan mesyuarat pertama jawatankuasa Perhubungan MCA Sabah, Datuk Dr Wee dalam mesyuarat yang sama turut mengumumkan Datuk Paul Kong Sing Chu juga dilantik sebagai penasihat MCA Sabah. 

Antara yang dikekalkan dalam jawatan masing-masing ialah  Datuk Lim Kong Yuen, Chin Kim Hiun, Lee Sip Kim dan Liew Kong Khai sebagai Naib Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Sabah serta Ketua Pemuda MCA, Adrian Lee Yin Chung dan Ketua Wanita Datuk Shim Tshin Nyuk.


Datuk Edward Khoo Keok Hai dikekalkan sebagai Penasihat Kehormat Tetap manakala bekas Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Senator Datuk Wilfred Yong Cheng Leong pula dilantik sebagai penasihat eksekutif.


Menurut Datuk Dr. Wee, harapan beliau ialah ingin melihat MCA Sabah lebih kukuh, bersatupadu dan maju selepas 20 tahun bertapak di Sabah. 

Sabah adalah antara negeri terkuat menyokong Barisan Nasional pada pilihanraya ke 13 lepas. Oleh itu adalah amat penting parti komponen BN untuk terus utuh dan kekal bersatupadu. 












No comments:

Post a Comment