Wednesday, July 15, 2015

FGV BAKAL BANGUN PUSAT PROSES SAWIT

FELDA Ventures Holdings Bhd. mengorak langkah  lagi kehadapan dengan merancang untuk membangunkan pusat pemprosesan kimia bersepadu berasaskan sawit di Indonesia dengan jangkaan pelaburan lebih RM1 bilion, andai berjaya memiliki 37 peratus kepentingan di dalam Eagle High Plantation (EHP). Syarikat-syarikat antarabangsa lain juga akan turut dilibatkan dalam pembangunan pusat ini selain EHP. 

Namun begitu keputusan ini memerlukan persetujuan dari pemegang-pemegang saham 
FGV sama ada berminat terhadap pembelian 37 peratus dari kepentingan di dalam EHP yang dianggarkan bernilai AS$680 juta (RM2.5bilion). kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Mohd. Emir Mavani Abdullah.

Projek hiliran sawit secara besar-besaran ini akan dimulakan secara berperingkat dengan aktiviti pemprosesan sawit hanya kepada produk yang mempunyai nilai tambah yang baik. Apa yang lebih menarik, projek ini akan lebih menyeluruh dan berbeza berbanding pusat-pusat memproses sawit yang pernah ada. Ianya akan dipecahkan dalam dua sektor iatu bahagian makanan dan bukan makanan.

Bagi mendapat persetujuan pemegang-pemegang sahamnya terhadap cadangan pembelian 37 peratus kepentingan di dalam EHP, FGV bercadang akan mengadakan mesyuarat agung  luar biasa (EGM) pada September ini. Jika berjaya, FGV akan mengambil alih hampir 95 peratus kepentingan dalam perladangan gula Rajawali Group dengan nilai AS$67 juta (RM252.5juta) secara tunai dan saham.