Wednesday, July 15, 2015

Sarawak Report marah Singapura kerana intip konspirator fitnah ke atas 1MDB



Sarawak Report nampaknya begitu marah kepada Singapuran selepas Malaysia Today mengeluarkan laporan bahawa "pihak Polis Thai telah dapat pengesahan dari 'Director of International Cooperation’ Polis Singapura bahawa wujud pertemuan sulit antara Xavier Justo, Tony Pua, Tong Kooi Ong, Ho Kay Tat dan Claire Rewcastle Brown di hotel Fullerton, Singapura".
Menyedari jejak mereka sedang dihidu dan diikuti oleh jaringan Interpol, SR segera menerbitkan artikel menghentam Singapura bertajuk "Singapore - A Sin City Who Spies On Foreign Journalists While Hiding Stolen Billions?".
Reaksi SR ini difahami kerana bermula dengan Justo, satu demi satu konspirator yang berkaitan dengan fitnah terhadap Petrosaudi mula didedahkan dan disiasat.
Dalam hal ini, SR tidak wajar menyalahkan jaringan Interpol Singapura kerana semuanya bermula dengan laporan palsu SR ke atas Petrosaudi. Sebagai syarikat yang difitnah SR, Petrosaudi telah membuat laporan kepada Jabatan Jenayah dan Penipuan Siber, Polis London dan susulannya siasatan sedang dijalankan oleh pihak berkuasa UK dengan kerjasama jaringan antarabangsa mereka.
Bolehkah rakyat Malaysia, Tony Pua, Tong Kooi Ong dan Ho Kay Tat mengesahkan bahawa mereka tidak bertemu Justo dan Clare di Hotel Fullerton Singapura seperti dakwaan polis Thailand?
Bolehkah Clare sahkan dia tidak berjumpa Tony Pua dan 'The Edge'?