Thursday, July 16, 2015

RUMAH PGBF UNTUK FELDA PASOH 1 MULA DIJUAL

Betapa bertuahnya menjadi warga FELDA. Faedah dan keisitmewaannya dapat dinikmati dari generasi ke generasi. Jika dahulu warga FELDA dipandang rendah dan hina, kini tempat mereka jika dapat ingin direbut oleh rakyat Malaysia. Tidak hairanlah pembangkang tidak pernah senang duduk melihat kejayaan demi kejayaan FELDA, macam cacing kepanasan. 

Begitulah juga bertuahnya warga FELDA Pasoh 1 apabila Projek Perumahan Generasi Baru Felda (PGBF) akan mula dibuka kepada anak-anak peneroka pada bulan September ini. Sebanyak 144 buah PGBF telah siap dibina dan kini dalam proses mendapatkan sijil layak menduduki (CF) daripada kerajaan negeri.

Menurut Pengarah Besar Felda, Datuk Hanapi Suhada, Felda hanya akan beri keutamaan kepada anak-anak peneroka Felda yang tinggal di tanah rancangan dan sudah bekeluarga, untuk membeli rumah PGBF ini. Bagi mereka yang tidak berkemampuan membeli secara tunai atau membuat pinjaman bank, Felda menawarkan skim sewa da beli dengan kadar serendah RM300 sebulan selama tiga tahun, seterusnya boleh membeli rumah tersebut. 
Duit yang mereka sewakan selama lima tahun akan dikumpulkan dan dijadikan sebagai deposit dengan pihak bank, bagi membolehkan mereka membeli rumah ini. 

Alhamdulillah, ada 1774 buah rumah PGBF di seluruh negara yang masih dalam pembinaan dan dijangka siap akhir tahun ini. Untuk Fasa pertama borang akan diedarkan kepada mereka yang berminat. Hanya satu keluarga untuk satu unit rumah. Manakala fasa kedua sistem undian akan dijalankan.

Walaupun kos sebuah rumah PGBF berharga antara RM150,000 ke RM170,000 seunit tetapi dijual pada harga bermula RM90,000 seunit khas untuk anak-anak peneroka. Begitulah prihatinya Felda terhadap peneroka Felda dan generasi mereka. Semoga Felda terus maju sehingga mencapai kejayaan yang cemerlang.