.2.2 PENDARATAN DI JABAL TARIQ
Tariq Ibn Ziyad bergerak dengan menyeberangi selat Andalusia yang jaraknya hanya 13 meter dengan armada (kapal) yang diberikan oleh Count Julian. Pada 5 Rejab 92 H / 27 April 711 Tariq berjaya mendarat di pantai karang di suatu daerah kecil di bahagian terhujung selatan Eropah.
Tempat ini akhirnya dinamai dengan nama Jabal-Tariq atau Gibraltar sebagai sempena dari nama pemimpin itu. Antara taktik yang digunakan oleh Tariq Ibn Ziyad dapat dilihat iaitu sebaik sahaja berjaya melakukan pendaratan melalui Selat Gibraltar bersama tentera-tenteranya menggunakan kapal-kapal yang dibekalkan oleh Julian.
Tariq Ibn Ziyad mengarahkan tenteranya membakar semua kapal-kapal yang dinaiki oleh mereka dengan tujuan untuk menaikkan semangat keperwiraan tentera Islam supaya maju ke hadapan. Kemudian Tariq Ibn Ziyad antara lain naik di atas bukit dan berpidato berapi-api, ”Wahai sekalian manusia, kemanakah kamu hendak lari? Laut di belakangmu dan musuh di depanmu. Tiada lagi bagi kamu demi Allah selain kebenaran dan kesabaran. Ketahuilah kedudukan kamu di pulau ini lebih terbiar (lemah) dari anak yatim dalam cengkaman binatang buas.
Kamu tidak mempunyai makanan kecuali apa yang dapat kamu rebut dari musuh kamu. Kalau keadaan berpanjangan, sedang kamu berada dalam kekurangan dan kamu tidak berjaya capai matlamat kamu, maka akan luput kekuatan kamu, dan perasaan takut kepada kamu akan bertukar menjadi berani menentang kamu.
PERTEMPURAN DI LEMBAH LUGO.
Di Lembah Lugo, pasukan Tariq berhadapan dengan pasukan Roderick. Thariq bersiap-sedia dengan taktik-taktik yang pernah dilakukan oleh panglima Khalid bin al-Walid di lembah Sungai Yarmuk untuk menghancurkan pasukan Persia. Pada bulan Ramadhan 92 H/19 Julai 711 M, terjadilah pertempuran-pertempuran besar pertama antara pasukan Muslimin Arab dan barbar di satu pihak melawan pasukan Goth di pihak lain.
Dalam pertempuran tersebut dua komander sayap kanan dan sayap kiri pasukan Goth ( dua orang ipar Julian ) iaitu Appa dan Sebsert sangat mengecewakan Roderick. Sebenarnya kekalahan dua pasukan Roderick ini adalah tidak wajar kerana jumlah tenteranya yang ramai berbanding dengan bilangan tentera pihak Tariq.
Beberapa penulis menyatakan bahawa Sebsert dan Appa melakukan pengkhianatan. Kalau anggapan ini adalah benar, maka apa yang dikatakan ’pengkhianatan’ itu sebenarnya bukanlah suatu pengkhianatan yang lazim dibuat oleh komander pasukan yang berkomplot dengan lawan. Hal ini kerana, para penulis sejarah itu sendiri pada umumnya memastikan bahawa baik Sebsert mahupun Appa, kedua-duanya tidak mengetahui sama sekali bahawa iparnya, Jullian berada di pihak pasukan Muslim Arab dan Barbar.
PERANG GUADELETE
Apabila Roderick mendengar tentang berita kemasukan tentera Islam di selatan, beliau telah mengarahkan tenteranya seramai lebih kurang 100,000 orang untuk menghalang kemasukan tentera Muslim tersebut. Bagi memantapkan lagi pasukan ketenteraannya dan melancarkan ekspedisi ketenteraan agar tentera-tenteranya tidak gentar berhadapan dengan musuh dan membolehkannya berhadapan dengan Raja Roderick, Tariq Ibn Ziyad meminta pasukan ketenteraan tambahan yang juga dikatakan dari puak dan suku kaum Babar dari Musa Ibn Nusair.
Kemudiannya seramai 5000 orang lagi tentera dari Musa Ibn Nusair berjaya disalurkan kepada Tariq Ibn Ziyad. Roderick membawa tenteranya menuju ke Cordoba bertujuan untuk menyerang Tariq. Sebaik sampai berhampiran dengan kawasan pasukan Tariq, Roderick memilih salah seorang dari para pengikutnya yang teruji keberanian dan mempunyai pengalaman luas dalam urusan dan muslihat peperangan.
Roderick memerintahkan orang tersebut untuk pergi mendekati khemah pasukan Tariq dengan cara menyamar untuk mengamati semua gerak-geri pasukan ini hingga boleh melaporkan kepadanya jumlah, penampilan dan kekuatan pasukan para musuh itu secara umum. Pasukan tentera Islam bertempur dengan tentera Roderick di Wadi Lakkah yang berhampiran dengan Medina Sidonoa dalam wilayah Cadiz pada Ramadhan 92 H/ 711 M selama lapan hari. Islam mencapai kemenangan yang besar.
Pasukan Tariq Ibn Ziyad yang berhasil mengalahkan Raja Roderick yang tewas dalam pertempuran tersebut. Dengan pidato ini, para tenteranya tiada pilihan lain selain berjuang untuk agama. Malah dalam pidatonya Thariq Ibn Ziyad berjaya menyemarakkan semangat orang Islam untuk terus berjuang tanpa perasaan berbelah bahagi, iaitu berani untuk berjihad di jalan Allah. Maka tidak ada jalan lain untuk kamu selamat kecuali mengkehendaki kamu berjuang habis-habisan agar kemenangan berpihak kepada pasukan kita.
Selepas mendengar amanah daripada pemimpin mereka yang berani, bijak dan beriman kepada Allah itu, maka maralah tentera Islam mengempur tentera Roderick. Akhirnya pada 19 Julai 711, berlakulah pertempuran yang hebat sekali di Kuala Sungai Barbate (Salado) di mana tentera Islam mendapat kemenangan yang cemerlang. Tariq sendiri berjaya membunuh Roderick dengan pedangnya menyebabkan seluruh angkatan perang musuh itu lari bertempiaran melarikan diri. Kemenangan yang cemerlang ini memberi dorongan yang kuat kepada Tariq untuk meneruskan perjuangannya.
Beliau mara dengan penuh semangat menawan wilayah demi wilayah dan kota-kota kerajaan Visigoth di negeri Sepanyol pada waktu itu. Cara ini ternyata berjaya kerana pasukan tentera muslim di bawah pimpinan Tariq Ibn Ziyad mampu mengalahkan pasukan Roderick walaupun jumlah tenteranya dua kali ganda lebih sedikit daripada jumlah bilangan pasukan tentera Raja Roderick.
Hal ini secara tidak langsung memberi gambaran awal kepada kita bahawa bilangan tentera yang ramai tidak akan menjamin kemenangan tetapi bergantung kepada kewibawaan ketua yang akan menguruskan pasukannya dan strategi serta taktik yang digunakan adalah bijak dan berkesan. Seterusnya Tariq berhadapan dengan 25,000 orang tentera berhampiran sungai Barbaret di bawah pimpinan Bishop Oppas, yang merupakan saudara Witiza. Tariq Ibn Ziyad melakukan beberapa taktik agar pasukan tenteranya tidak gentar menghadapi musuh yang dua kali ganda bilangan tenteranya.
Tariq menggunakan taktik yang tersendiri yang secara tidak langsung menggambarkan kewibawaan dan kebijaksanaan Tariq Ibn Ziyad sebagai mengetuai angkatan tenteranya dalam menguruskan serta mentadbir angkatan tenteranya yang merupakan antara sebab yang membawa kepada kejayaan dalam mencapai misi selain daripada memiliki angkatan tentera yang berdisiplin.

No comments:
Post a Comment