Thursday, July 2, 2015

RASUAH ANTARA PUNCA TANAH CAMERON HIGLAND DITEROKA......!!!



21 pekebun ditahan  oleh SPRM di Cameron Highland kerana menjalankan aktiviti penerokaan tanah secara haram, melanggar syarat Lesen Pendudukan Sementara (LPS), melindungi pendatang asing tanpa izin (Pati)  dan menyimpan racun tidak berjadual,

Salah seorang dari mereka adalah warga Bangladesh yang berusia 42 tahun, telah menetap di Malaysia selama 10 tahun.
Dipercayai mempunyai kepentingan dalam sebuah syarikat di Cameron Highlands bernilai RM500,000 dan kereta Toyota Camry baru,

Bukan itu saja, dia juga didakwa cuba menrasuah pegawai SPRM.

Mereka yang ditahan didapati  melakukan kesalahan di bawah seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 kerana memberi suapan kepada penguatkuasa. Pekebun-pekebun sayur yang aktif di kawasan seluas lebih 165 ekar (41 hektar), didapati membayar rasuah sehingga RM30,000.

No comments:

Post a Comment